Banyak road block ke UTP
Ahad, 17 September 2023, 6:55 pm

Ura² mengatakan road block dilaksanakan bagi menghalang rakyat menyertai perhimpunan selamatkan… apa kah yang dah tak selamat?

Plan-nya nak buat fun drive start awal pagi, tak pakai highway, guna #jalan persekutuan, singgah² kat bandar / pekan sepanjang perjalanan ke UTP.
Jam 09:30 berhenti di Shell kat Beruas, nak kosongkan tangki. Tandas dia penuh dengan label, tapi satu label tu tak berapa mengena:



Eee… layan New Boyz, Tomok nyanyi sengong. Geli hati dengar lagu ni sepanjang jalan .



Untung student sekarang, #pasaraya semua dekat² – Econsave, Lotus’s, Billion, Mr DIY – naik basikal dah boleh sampai. Dulu² student selalu lepak kat mapley Rahmaths, sekarang kalau nak nampak atas sikit, lepak kat Starbucks, tepi Petronas Bandar Universiti.
Ikut jadual, pendaftaran pada pukul 11:30, kemudian lunch pada 12:00. Saya & Izhar (roomate / coursemate dulu), dah sampai awal dekat pukul 12:00. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, VIP tak muncul².


Lama tak nyanyi lagu UTP, laba dinikmati beramai² .
Lepas lunch, singgah Blok 1 & 2, ofis lecturer & computer lab ICT & BIS.

Tak perasan ada arca ni waktu homecoming tahun lalu. Terletak di tengah laluan dari Chancellor Hall ke blok akademik. Nampak macam alien dalam War of the World .
15 September 2023