Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lagu² road trip

4414B9CB-FC03-4E5D-822D-173163BA8098.jpeg

Rabu, 4 Oktober 2023, 9:35 pm0

Dah 3 minggu layan balik 1N2D season 1, dari episod sebelum Jongmin join khidmat negara, sekarang kat episod summer bootcamp, 5 episod lepas Kim C berhenti.

Bila tengok part diorang pergi travel, yang paling padan dengan mood jauh ialah 2 lagu daripada Hot Potato – indie band yang dianggotai Kim C – Rain Tears & Confession (Propose). Buat rasa nak pergi ke pantai timur lagi 😅.

Dulu² era 1N2D & Family Outing popular, ada satu lagi lagu tema road trip iaitu Impromptu Trip oleh Yoon Jong Shin & MC Mong.

Dalam episod 4 hari 3 malam keliling Korea (sebab trip ke Antartika kena batal), MC Mong, Sugeun & Kim C buat lagu “nokcha nokcha” (green tea) kat ladang teh. Boleh jadi lagu tema kalau ada ke ladang teh kat Cameron atau Ranau 😆.

Gambar kat Pantai Cahaya Bulan, waktu trip ke sana ⁽¹⁾ layan lagu daripada 2 album terkini Bowling For Soup

Waktu ke UTP Homecoming bulan lalu, layan lagu rock kapak lama, sampai ada lagu New Boyz 🤪 ⁽²⁾.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/tag/rayapantaitimur/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2023/09/banyak-road-block-ke-utp/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/990224918811087/

Tulis komen: