Banyak road block ke UTP

Ahad, 17 September 2023, 6:55 pm11

Banyak road block ke .

Ura² mengatakan road block dilaksanakan bagi menghalang rakyat menyertai perhimpunan selamatkan… apa kah yang dah tak selamat? 🤨

Plan-nya nak buat fun drive start awal pagi, tak pakai highway, guna persekutuan, singgah² kat bandar / pekan sepanjang perjalanan ke UTP.

Jam 09:30 berhenti di Shell kat Beruas, nak kosongkan tangki. Tandas dia penuh dengan label, tapi satu label tu tak berapa mengena:

Eee… layan New Boyz, Tomok nyanyi sengong. Geli hati dengar lagu ni sepanjang jalan 🤣.

Untung student sekarang, semua dekat² – Econsave, Lotus’s, Billion, Mr DIY – naik basikal dah boleh sampai. Dulu² student selalu lepak kat mapley Rahmaths, sekarang kalau nak nampak atas sikit, lepak kat Starbucks, tepi Petronas Bandar Universiti.

Ikut jadual, pendaftaran pada pukul 11:30, kemudian lunch pada 12:00. Saya & Izhar (roomate / coursemate dulu), dah sampai awal dekat pukul 12:00. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, VIP tak muncul².

Lama tak nyanyi lagu UTP, laba dinikmati beramai² 🎶.

Lepas lunch, singgah Blok 1 & 2, ofis lecturer & computer lab ICT & BIS.

Tak perasan ada arca ni waktu homecoming tahun lalu. Terletak di tengah laluan dari Chancellor Hall ke blok akademik. Nampak macam alien dalam War of the World 👽.

Komentar (1):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/980955709738008/

Pingback: Camping dalam hujan kat The Treasure @ Taman Herba, Gopeng (UTP Homecoming 2023)

Tulis komen: