Singgah Tasik Empangan Timah Tasoh Lake Resort (10 gambar)

Sabtu, 25 November 2023, 2:45 pm33

11FFF704-894F-460C-A4ED-6401E4E70D8A.jpeg
Tempat bergambar & rekreasi untuk keluarga beranak kecil.
4BC9F24D-A734-4027-999B-718AB53C367C.jpeg
Ada tempat parking luas, bayaran masuk RM5.
6F172387-C5EB-413F-8D6D-445F7815839D.jpeg
Barisan bunga tulip plastik, warna pun dah pudar 😅.
6E20278F-70B8-4ECA-89C2-EDC5E5D255B2.jpeg
Banyak arca seni diperbuat daripada logam, di sini ada lelaki seterika (iron man) 🤣.
ABDDA7DB-B263-4EB9-9F05-92367E63AC33.jpeg
Waktu saya ke sini adalah hujung minggu konvokesyen di Unimap (Universiti Malaysia Perlis), ramai graduan pergi ke sini untuk bergambar. Cuaca kurang baik, mendung sedikit hujan renyai dengan angin bertiup kuat, sejuk 🥶.
27ECCB3D-F995-463D-A4F1-A3C97BBFA540.jpeg
Ada juga resort penginapan di sini, laluan ke sana ditutup untuk pejalan kaki yang melawat taman rekreasi.

Kalau berjalan masuk ke dalam lagi, ada lokasi untuk glamping.

Arca haiwan yang dibaluti lampu LED seperti burung flamingo dalam gambar di atas, hanya mula menyala pada jam 6.30 petang.

2C3A58AE-300B-4E16-A61E-BDCB9759FE91.jpeg
Di laluan ini, ada replika bunga morning glory tergantung yang kelopaknya boleh buka tutup apabila kita tepuk tangan 👏.
395C0EB8-90F6-4F90-8F34-9C900FAC6E89.jpeg
Ingatkan go-kart, rupanya litar untuk main drift trike elektrik.
E029489E-83DA-4031-9A0F-B6E78028EB50.jpeg
Kiri: live band, tengah: gerai makanan & cenderahati, kanan: swimming pool untuk kanak².

Live band nyanyi pelbagai lagu tempatan yang tengah trending sekarang. Dari jauh hanya dengar bunyi bass jak, macam bunyi orang kampung berdangdut sampai pagi 😆.

58D0D86F-EAFA-43B9-9E18-1C8FCA63C931.jpeg
Kawasan permainan kanak² berdekatan jalan masuk ke sini.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1017822006051378/

Tulis komen: