Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cari makan kat Pasar Terapung JPS Perlis

Jumaat, 1 Disember 2023, 7:55 pm0

29304F58-55A9-4C3C-B4AE-72439C90663A.jpeg
Hanya ada 6 gerai dalam sampan kat pasar terapung ini.

Berbeza dengan pasar terapung Thailand seperti di Hatyai atau Bangkok yang terletak di atas sungai, yang ini atas dalam kawasan pejabat Jabatan Pengaliran & Saliran Perlis. Jadi laa, jangan tak ada langsung, saja nak bagi ada feel 😁.

Tempat parking ada di seberang jalan bertentangan pasar ini. Ada taman rekreasi / tempat berjoging & Sungai Perlis di tepi tempat parking ini, serta jambatan gantung merentasi sungai.

77A96A3C-BFCB-4F3A-B826-D3D85C30F5A4.jpeg
Kat jalan masuk ada kedai makan atas air.
C3C20F53-376D-4EB0-B61C-5CC448A52120.jpeg
Tempat untuk bergambar depan tasik.
D924DA90-3CAE-46EA-ACF1-E099D51C9B0F.jpeg
Barang jualan lebih kepada makanan ringan seperti kuih-muih, sate cucuk², jagung bakar, kek, roti, minuman & ais krim.
BDB90BBA-E1D4-42EC-83BF-8C80EC317438.jpeg
Ada juga gerai makan di sini, saya order kue tiau sup Thai & teh ais, rasanya ok² saja.

Cuma mungkin portion kue tiau tu agak sedikit, dalam mangkuk kecil, bagus bagi orang yang nak berdiet 😅.

ED3A006B-F496-4082-AC08-C0E18A9B7C3D.jpeg
Sebelum bertolak balik Penang, duduk² kat pondok tepi sungai sambil habiskan Adam punya ais 😆.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1021002545733324/

Tulis komen: