Oh angin, khabar apa yang kau bawa dari dia ![🎶](https://s.w.org/images/core/emoji/15.0.3/72x72/1f3b6.png)
Ahad, 31 Disember 2023, 10:30 pm0
![EF51B9A2-7A51-4D7B-9BB7-3A1242DFF0C7.jpeg](https://azwan082.my/wp-content/uploads/2023/12/EF51B9A2-7A51-4D7B-9BB7-3A1242DFF0C7.jpeg)
Agaknya #PoloSedan ni ada heater untuk menghembus udara suam ke bahagian kaki pemandu.
Sebab saya letak suhu aircond #kereta pada 23°C, lepas keluar dari kereta, angin kat luar sejuk, masuk balik dalam kereta, angin yang keluar dari corong aircond kat kaki pemandu ada rasa panas sedikit.
—
Hari terakhir road trip hujung tahun, check out hotel kat Batu Caves awal pukul 7.30 pagi, buat fun drive naik ke Gohtong Jaya, sarapan roti telur & teh tarik, nasib baik yang ini RM6 saja, tak macam roti canai viral sampai RM10 sekeping.
Lepas kenyang, naik Genting sampai puncak. Kat puncak kabus tebal, tak nampak #jalan sekeliling, rasa dah sampai kayangan, memang pun sebab ada Apartment Kayangan kat sana.
![F4EBDA49-97D5-4F3B-AE2D-81FB8CE3A9DB.jpeg](https://azwan082.my/wp-content/uploads/2023/12/F4EBDA49-97D5-4F3B-AE2D-81FB8CE3A9DB.jpeg)
![😋](https://s.w.org/images/core/emoji/15.0.3/72x72/1f60b.png)
Pukul 10 pagi, start gerak turun balik ke Penang, dalam pukul 12 sampai R&R Tapah lunch burger prosperity.
Lepas lunch sambung lagi jalan, dalam pukul 2 singgah Kellie’s Castle. Bertahun² duduk Perak ini kali pertama singgah rumah berhantu ni .
Dekat sejam naik turun bangunan lama tu, barulah sambung balik terus ke Penang, galau sungguh emosi sepanjang driving sambil layan lagu leleh .
Esok tahun baru, nak capai macam² tahun depan:
- Tak mahu serabut lagi
- Tak mahu takut lagi
- Tak mahu sendiri lagi
- Tak mahu menangis lagi
Cuci mata tengok padi menghijau di Balik Pulau
1 Januari 2024
30 Disember 2023