Hotel Crystal Crown KL
Jumaat, 15 Mac 2024, 9:50 pm0
Sebelum ni dah menginap di Hotel Crystal Crown kat JB ⁽¹⁾, nak cuba yang kat #KL pulak.
Perkara utama yang buat saya nak cuba lagi sebab kat hotel kat JB ada disediakan tempat parking sendiri untuk penginap. Walaupun jalan dalam tempat parking tu sempit, tapi ok berbanding terpaksa berebut tempat parking kat jalan luar. Kadang² parking umum kena pakai kupon, tak ada kupon boleh kena saman .
Hotel kat KL ni pula, tempat parkingnya agak terhad, hanya ada 3 tingkat bawah tanah, setiap tingkat ada kira² 6-10 ruang parking saja. Hanya kereta rendah saja dapat masuk, SUV, MPV atau van tak dapat masuk sebab siling yang rendah.
Lepas tu tak ada lif dari tempat parking untuk naik ke lobi. Guna tangga pun nak kena lalu banyak pintu. Hotel kat JB, boleh guna lif pekerja untuk turun terus ke tempat parking.
Ulasan sepenuh #reviewhotel ini ada dalam album #panorama360 ini:
Saya dapat manfaatkan AgodaCash untuk bermalam di hotel ini, jadi kos untuk semalam adalah kira² RM149, saya bagi ★★★★☆.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/09/review-hotel-crystal-crown-johor-bahru/
Kali terakhir naik LRT 15 tahun lalu
18 Mac 2024
Tular makan kurma dengan pishang
12 Mac 2024