Medi hotel kat SGH namanya Serapi Verdure Hotel

197457972_318267879743028_8058723086253220194_n.jpg

Isnin, 7 Jun 2021, 8:55 pm1,915

Medi hotel ialah hotel berdekatan dengan hospital yang mempunyai fungsi khas untuk menempatkan pesakit yang tak perlukan penjagaan penuh seperti di wad. Selain itu, hotel ini juga sebagai tempat penginapan pesakit, penjaga atau ahli keluarga yang diam jauh dari hospital.

Pembinaan hotel ini, termasuk dengan tempat letak kenderaan bertingkat untuk Hospital Umum Sarawak (SGH), dimulakan pada tahun 2017 ⁽¹⁾. Kontraktor yang bertanggungjawab untuk membina projek ini ialah Weida Group. Selalu tengok nama Weida kat tong² air 😅.

Petang tadi saya sempat tengok kawasan sekitar, nampaknya pembinaan dah nak siap & hotel ni mungkin akan dibuka tak lama lagi 👍.

⁽¹⁾ https://kuchingborneo.info/sarawak-general-hospital-upgrades-close-to-completion/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/318267896409693/

Tulis komen: