Melawat muzium padi sempena cuti pesta menuai padi
Sabtu, 1 Jun 2024, 10:55 pm



Ia adalah lukisan augmented reality, digabung dengan replika sebenar permukaan gunung, tumbuhan & rumah, di dalam dewan berbentuk silinder, di mana pengunjung duduk di tengah² ruangan di atas platform yang berputar dengan perlahan.
Tengok video ini untuk melihat gambaran keseluruhan pemandangan:
@azwan082_my Musim cuti sekolah, pergi lawatan sambil belajar dengan anak² orang
. Lokasi: Muzium Padi, Alor Setar
Tiket masuk RM5 untuk pelawat 13 tahun ke atas, RM2 untuk kanak² 7-12 tahun.
Muzium ini mempamerkan sejarah penanaman padi di #Kedah & Kemboja, serta informasi tentang jenis² padi, cara penanaman padi, peralatan & mesin untuk menanam, menuai sehingga memproses padi menjadi beras, termasuk peralatan untuk aktiviti sampingan seperti alat menangkap ikan di sawah & kereta kerbau untuk mengangkut padi.

Ada satu kedai makan di sini, dengan pemandangan batu di lereng gunung. Nak ke tandas kena tol 50 sen.
—
Ada beberapa perkara unik saya temui di sini:






Selamat hari gawai .
2 Jun 2024
Keluar api dari bawah kereta F1
31 Mei 2024