Melawat muzium padi sempena cuti pesta menuai padi

Sabtu, 1 Jun 2024, 10:55 pm

DB8CA42B-6A8C-401E-AF4B-56F6F15C66B3.jpeg
Serentak dengan cuti sekolah, jadi lah lawatan sambil belajar dengan anak² orang 😅.
A5A918BE-3B67-4563-A966-105AC4642585.jpeg
Tarikan utama muzium ini ialah pameran pemandangan 360° dari puncak Gunung Keriang.

Ia adalah lukisan augmented reality, digabung dengan replika sebenar permukaan gunung, tumbuhan & rumah, di dalam dewan berbentuk silinder, di mana pengunjung duduk di tengah² ruangan di atas platform yang berputar dengan perlahan.

Tengok video ini untuk melihat gambaran keseluruhan pemandangan:

@azwan082_my

Musim cuti sekolah, pergi lawatan sambil belajar dengan anak² orang 😅. Lokasi: Muzium Padi, Alor Setar

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Tiket masuk RM5 untuk pelawat 13 tahun ke atas, RM2 untuk kanak² 7-12 tahun.

Muzium ini mempamerkan sejarah penanaman padi di & Kemboja, serta informasi tentang jenis² padi, cara penanaman padi, peralatan & mesin untuk menanam, menuai sehingga memproses padi menjadi beras, termasuk peralatan untuk aktiviti sampingan seperti alat menangkap ikan di sawah & kereta kerbau untuk mengangkut padi.

61D40F7C-4A72-4962-9ECC-D783DCEA18DB.jpeg
Muzium ini terletak di sebelah Gunung Keriang.

Ada satu kedai makan di sini, dengan pemandangan batu di lereng gunung. Nak ke tandas kena tol 50 sen.

—

Ada beberapa perkara unik saya temui di sini:

E0A1C457-4C46-4AA2-AFC5-C5D4AEB80E95.jpeg
Nama peralatan ini 😂.
308B85A7-D004-47D9-BCFB-7AB2877F91BB.jpeg
Kesian digelar sedemikian rupa 😆.
A2036D45-A72C-406F-9092-E6C77466AFDD.jpeg
Masya-Allah! Kenaknya diberik nama gia? 🤣

Selamat hari gawai 🍾.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1128721151628129/

Tulis komen: