Niat ke autoshow nak tengok campervan tapi tak sempat
Isnin, 3 Jun 2024, 10:50 am
Pameran #kereta #MalaysiaAutoshow2024 diadakan di Hall A, A1, A2 & B, bike show pula di hall C & D.

Acara bermula pada pukul 10 pagi, saya tiba di MAEPS pada jam 11, kemudian berlegar² di Hall A sehingga jam 1 tengahari . Lepas makan tengahari, sambung tengok² kereta premium di Hall A1 & A2, termasuk pelancaran fleet terbaru oleh drivEV & cari t-shirt souvenir.
Ikut perancangan, pukul 3 dah mula gerak balik ke Penang, supaya tak terlalu lewat sampai rumah, esok hari masih nak pergi kerja. Tapi jam dah pun melepasi 4 petang, tak sempat nak ke hall B.
Lupa juga nak jenguk² dari luar, kalau² ada terserempak dengan campervan Hiace daripada Toy Factory yang sama digunakan oleh Tabi-ie ⁽¹⁾. Tak apalah, lain kali boleh pergi survey kat DC Autowerk ⁽²⁾, kalau² ada jumpa .
Hiace beginilah yang jadi target saya kalau nak beli campervan, untuk dibawa pergi menjelajah seluruh pulau Borneo termasuk Kalimantan, dan juga untuk mengelilingi Malaya, hingga ke Thailand, Cambodia & Vietnam. Itu perancangan akan datang .

Yang ini awning daripada Ironman 4×4 DeltaWing, yang kat Aruz tu kalau tak silap daripada MHZ Ecoventure.
⁽¹⁾ https://youtu.be/FtdD1GVgr6E
⁽²⁾ https://www.facebook.com/dcautowerk
2 Jun 2024