Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pergi ke kampung utara baru jumpa banyak kedai

Rabu, 19 Jun 2024, 10:25 am0

77847B1D-D2AF-46CB-86BB-E600B2DF3822.jpeg
Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, .

Parking RM2 sekali masuk. Di north village, terdapat outlet, di south village pula lebih kepada taman permainan kanak², taman tema dinosaur & medan selera.

DD76B81F-F76E-461B-96E1-7587A3590C08.jpeg
Belum banyak kedai beroperasi, antara yang ada: Puma, Carlo Rino, Baby Shop, Bonia, Zus Coffee, Original Classics.
6B47DF53-060B-4847-BF6C-96BB59809A4D.jpeg
Tingkat 2 dalam kedai Original Classics, menjual pakaian sukan.

Jenama terkenal ada diskaun sekitar belasan hingga 30%, menjadikan harga masih dalam ratusan ringgit. Jenama yang kurang terkenal, diskaun sampai 70%, menjadikan harga dalam belasan ke puluhan ringgit. Ada juga beli satu percuma satu.

678BF314-5147-4B23-AA8C-AC65845BD4E9.jpeg
Kampung selatan (south village) dipisahkan oleh tasik ini. Ada laluan pejalan kaki untuk merentas tasik ke sana.

Ada ditawarkan aktiviti air seperti menaiki bot untuk bersiar².

73BF59FA-0F43-4D5E-B24D-42F4A9E3F112.jpeg
Tumpuan utama di south village ialah taman tema VR dinosaur. Tiket masuk RM15 seorang.
3A537E93-8D09-463F-8E1B-0FFD9A5FE785.jpeg
Dalam kedai cenderahati, ada patung / bantal dinosaur, t-shirt, mug, puzzle, dan cenderahati yang mesti saia beli, fridge magnet.
A962757B-B83F-477C-BFAF-FF8512EA5F15.jpeg
Emporio Food Festival, juga masih sedikit kedai makan yang buka, ada pemandangan tepi tasik.
CADC57F1-B18C-4C92-865B-50430073896A.jpeg
Makan budak! 🦖

Semasa saya ke sini, cuaca mulanya cerah, kemudian mendung & akhirnya hujan lebat berangin, tak sempat nak kat tasik.

Kalau singgah kat south village, jangan heran kalau terjumpa budak² menangis nak balik. Sebab tak puas main banyak permainan arked kat sana 😂.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1139092847257626/

Tulis komen: