Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Layan muzik metal angkasa

34E6BE1E-5DD9-4C90-A55C-231EFBB2186D.jpeg

Sabtu, 27 Julai 2024, 10:30 pm0

Susulan daripada berita Gojira sebagai band metal pertama yang membuat persembahan pada pembukaan Olimpik, ini satu band dengan genre yang unik & spesifik.

Band Galactic Empire ni dah dekat 10 tahun, tapi baru² ni saja video mereka ada keluar kat reel feed.

Untuk ulasan ini, saya merujuk kepada 2 tema Star Wars yang saya familiar, iaitu Main Theme & The Imperial March. Secara keseluruhannya ianya metal moden, paluan dramnya keren tapi agak terlalu sibuk dipenuhi dengan isian (drum fill), sehinggakan melodi dari gitar tak berapa kedengaran. Sepanjang masa nak buat solo dram.

Mungkin saya lebih prefer rentak metal yang agak old school (dari era Metallica ke nu-metal e.g SOAD / Linkin Park), yang mana rentak dramnya catchy & menggalakkan headbanging, mengikut pergerakan lagu & drum fill hanya pada transition / bridge.

Bunyi gitar pula banyak note-picking berbanding main heavy chord, lebih menjurus kepada solo gitar. Ini dapat difahami kerana muzik asal Star Wars menggunakan instrument orkestra yang banyak, jadi bila ditukarkan kepada metal, setiap gitar akan main melodi utama yang bercampur² dalam muzik asal.

Tak faham? Mampos ah… 🤪

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1163008934866017/

Tulis komen: