Indah gambar dari rasa

Isnin, 28 April 2025, 8:55 pm

B158F656-A12C-4D39-8980-1A063ED50961.jpeg
Dalam bungkusan ada chicken popcorn dengan paket sos masam manis nano² 😋.

Arahan memasak ada dua cadangan. Satu, deep fry ayam popcorn tu, panaskan sos dalam paket. Lepas masak semua, tuang sos kat atas ayam.

Cara kedua, campurkan ayam dan sos dalam satu bekas lepas tu panaskan dalam microwave.

1F547264-5060-4C86-BD6A-9DC966B62C48.jpeg
Siap! Ambil nasi!

Saya masak cara sendiri. Ayam popcorn dimasak dalam air fryer. Sos dipanaskan dalam air mendidih. Kemudian baru campurkan kedua²nya.

Rasa isi ayam salut tepung ada seakan kepsi. Tapi sosnya agak mengecewakan, sebab rasa sos tomato yang cair, tak campur apa² bahan lain. Just ketchup 😕.

32E7CC81-999E-42A7-B21A-2D69458D35CD.jpeg
“Kalau begini , saia pun bole buat sendiri”, kata .

Beli chicken popcorn, lepas tu campur dengan sos cili Thai, lagi nyum² .

🤤.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1361774354989473/

Tulis komen: