Control AndroidTV guna app dalam smartphone

Jumaat, 6 Jun 2025, 11:30 pm
Baru terjumpa app free ⁽¹⁾ sebagai pengganti sementara remote #TV yang dah rosak .
Sekarang tengah tunggu pre-order remote baru. Berbeza dengan remote asal yang menggunakan Bluetooth untuk berkomunikasi dengan TV, app ini menggunakan sambungan WiFi untuk menghantar arahan untuk mengawal TV.
Antara kelebihan menggunakan app untuk control TV
- Boleh customize shortcut app.
Kat remote, hanya ada shortcut button untuk Netflix & Prime Video. Saya perlukan shortcut button untuk buka app yang selalu digunakan seperti Youtube.
- Boleh pakai keyboard untuk menaip.
Guna remote TV untuk menaip seperti nak search kat Youtube atau nak isi form yang ada URL, punyalah meletihkan nak tekan² arah ke huruf atau simbol satu persatu.
- Hanya satu home button
Kat remote ada 2 button untuk kembali ke home launcher berlainan. Satu Android TV Home, default home launcher untuk Android TV. Satu lagi PatchWall daripada MiTV, yang bagi saya ianya redundant.
- Response klik yang lebih cepat
Bila tap apa² button, seperti ubah volume, buka app, balik ke home, rasa lebih cepat response. Mungkin sebab arahan dihantar melalui WiFi lebih cepat diterima berbanding Bluetooth, ataupun mungkin hanya efek placebo.
Namun menggunakan app remote control ini pun ada juga beberapa kekurangan.
- Tak dapat nak tambah sendiri shortcut app
Saya selalu guna OTT TV untuk tengok #IPTV, tapi tak dapat tambah app ini ke shortcut menu.
- Kena tengok phone bila nak tekan button remote
Supaya tak salah tekan. App ini ada bagi haptic feedback, tapi apa yang diperlukan ialah tactile feedback, iaitu maklumbalas sentuhan fizikal untuk tahu button apa yang ditekan tanpa melihat.
- Tak dapat nak pasang TV guna remote
App remote ini bersambung dengan TV menggunakan WiFi. Bila TV off, sambungan WiFi pada TV pun off. Terpaksa pergi tekan button power kat bawah skrin TV.
Kiranya saya guna app remote control ini hanya untuk sementara sehinggalah remote baru sampai. Ataupun guna bila ada keperluan, seperti apabila perlukan keyboard, barulah buka app ini.
⁽¹⁾ https://apps.apple.com/my/app/remote-for-android-tv/id1668755298
Raya haji makan mi kicap Korea
7 Jun 2025
5 Jun 2025