Tak sempat tengok gol

IMG_0359.jpeg

Isnin, 8 September 2025, 11:15 pm

Saia masih kat atas jalan pabila sepak mula.

Nak ke Lotus’s untuk soping barang dapur, semua jalan ke sana jem. Bila dah sampai, kelaparan melanda, maka pergilah ke Mc Dollah. Tapau nasi lemaq, berhidang dalam kereta, di kala hujan turun renyai² dengar berita 7.40 kat TVS. Lepas tu cari tempat parking teduh, tak jumpa², hujung² pergi jak ke Jaya Grocer kat Main Place.

Tu yang lambat sampai rumah. Bila on TV, dah sejibik gol. Tengok pada pattern permainan, Quentin Cheng banyak dapat bola di sebelah kanan, buat hantaran ke tengah, tapi banyak kali tak ada pemain yang menyambut. Ada replay tunjuk macam mana gol, rupanya begitulah pattern permainan yang juga menghasilkan gol pada minit kedua.

Pada separuh masa pertama, penguasaan bola seimbang. Pada separuh kedua, Palestin banyak menyimpan bola dalam kawasan Malaysia dalam usaha mencari gol penyamaan, manakala Malaysia gigih bertahan. Kredit diberikan kepada 3 pertahanan utama, sebab bertindak cemerlang mematahkan banyak hantaran & percubaan.

Sepakan percuma Palestin di saat² akhir kena tiang gol. Akhirnya selepas 24 tahun, Malaysia berjaya kembali menewaskan Palestin. Dapat juga 5.89 point untuk ranking FIFA.

Malaysia 1 – 0 Palestin (https://youtu.be/cwZSWyJupnE)

P.s: sebut pasal Lotus’s, hangus dah Lotus Elise milik Cardock, end of an era – https://www.theborneopost.com/2025/09/07/sports-coupe-destroyed-in-fire-at-mile-11-driver-escapes-with-minor-injuries/

Kali ni tengok kat rumah jak

4 September 2025

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1464784131355161/

Tulis komen: