Untitled
Isnin, 18 Mei 2026, 2:47 am
kalau tanya ai berkenaan wiring utk kabel usb, kena double-triple check. di sini saya nak solder led strip ke kabel usb yg ada warna:
– merah
– biru
– hijau
– putih
ai kata putih & hijau tu kabel data, jd saya anggap wire biru adalah negative. saya dah cek guna multimeter, bila sambung kabel ke usb port kat laptop, wire merah-biru dpt 5v.
tapi lepas solder, lampu led menyala terang sekejap, lepas tu kelip² lalu jd malap.
led strip ni asalnya dtg lengkap dgn kabel usb, panjang 2m, tappi saya potong jd 3 bhgn, dan 2 bhgn extra tu sambung secara solder ke usb kabel baru. led kat kabel usb asal tu ok jak, bila sambung ke laptop, plug charger atau power bank. jadi tak ada isu dgn power source.
ingatkan kabel usb baru tu rosak, atau tinggi rintangan hingga ada voltage drop, tp panjangnya tak sampai 2m pun, kabel usb bila dah 5m lebih baru ada voltage drop.
rupa²nya wire hijau tu adalah wire negative, saya test sambung satu persatu kombinasi warna merah dgn biru/hijau/putih.
kesimpulannya, test guna sentuh² je wire tu dulu sblm solder, tak lah susah² nak potong wire & solder balik.
nota: ini led strip grow light utk projek indoor hydroponic baru, nnt bila dah ada hasil baru saya tulis full 