azwan082.my
    • Apps
    • Petrol
    • Live TV
    • Waktu Solat
    • Turutan
    • Terkini
    • Popular
💵 Ekonomi
🐈 Fauna
🎸 Hobi
🍔 Juadah
🚗 Kereta
💻 Komputer
🏕 Liburan
🎞 Multimedia
⚽️ Sukan

Batu bersurat moden ditemui di Serian!

27 Julai 2020, 1:16 pm

Terdapat lakaran pada batu ni yang menunjukkan cara pengiraan bahan² pembinaan #rumah dan jumlah anggaran harga untuk membeli bahan² tersebut, siap dalam matawang ringgit lagi 😅.

#kebun #rumah #Serian

Ayam hitam bulu putih ni dah start bertelur

26 Julai 2020, 10:15 am

Al-kisahnya tahun lalu kami beli sepasang #ayam hitam ni. Ingatkan sepasang, sekali bila dah besar, rupa²nya dua² jantan. Seekor dah bagi kat pakcik saya kat #Serian. Kemudian beli seekor lagi anak ayam betina, hujung tahun lalu.

#ayam #Serian

Harga petrol minggu ke-4 Julai 2020 + pengelasan baru isi rumah

25 Julai 2020, 9:50 am

Harga minyak mentah dunia mengalami sedikit penurunan, jadi #hargapetrol di stesen minyak pun turun sama.

#duit #ekonomi #hargapetrol

Ni gaya tidur apa pulak, sambil peluk remote HyppTV?

24 Julai 2020, 6:45 pm

Ini dia gaya tidur #emau si penangkap burung datang makan baja kat reban kolok. Lepas tu makan burung sampai habis, tinggalkan sayap & bulu pelepah saja.

#emau

Gaya tidur apa emau ni?

23 Julai 2020, 7:25 pm

Ni namanya gaya tidur ngegeh nak curi makan ikan goreng atas meja 😸.

#emau

Selamat hari ulangtahun kemerdekaan Sarawak ke-57

22 Julai 2020, 9:15 am

Pada 22 Julai 1963, #Sarawak telah diberikan hak berkerajaan sendiri oleh kerajaan British, dengan jangkaan akan menyertai penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September tahun yang sama.

#merdeka #mural #Sarawak

Minuman Milo tin edisi terhad, ada gambar orang angkat kerbau 🐮

21 Julai 2020, 4:00 pm

Rasanya ini design tin milo waktu tahun 1950-an dulu. Harapnya nanti ada design baru keluar untuk tahun² lain seperti 60-an, 70-an atau 80-an, boleh buat koleksi. Koleksi tambah sampah sarap dalam rumah 😂.

#Milo #minum

Sudah agak lama saya tidak muncul di hadapan saudara saudari sekalian

20 Julai 2020, 7:10 pm

Perutusan khas #TSMY petang tadi lebih kepada peringatan semula kepada rakyat untuk terus mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan dan norma baharu. Sekarang dapat lihat beberapa kluster jangkitan mula muncul, dan kita tak nak kena #MCO perintah berkurung lagi. Meleset teruk ekonomi nanti.

#TSMY

Bagaimana gelang tangan pintar menyukat degupan jantung, tekanan darah dan ketepuan oksigen dalam darah?

19 Julai 2020, 10:20 am

Untuk menyukat kadar degupan jantung, gelang tangan pintar (wristband) ini akan memancarkan cahaya daripada LED berkali² supaya pembuluh darah dapat dikesan oleh sensor wristband, yang kemudiannya dapat mengesan kelajuan darah dipam ⁽¹⁾. Maklumat ini kemudiannya diproses dalam format degupan per minit (beats per minute / bpm).

#senaman #workout

10 orang positif Covid19 kat Sarawak semalam, 17 Julai

18 Julai 2020, 9:25 am

6 kes di Kuching dan 2 kes di Samarahan dan Bintulu.

2008-2026 © azwan082.my (003610659-K)
Privacy Policy · Terms & Conditions