4 Januari 2022, 12:45 pm
Pada pendapat saya, kalau kita nak tingkatkan adoption (penggunaan) kenderaan elektrik, kita kena mula kecil, dari #motosikal. Kalau terus² nak bawa #kereta elektrik seperti Tesla ke Malaysia, dengan harga level bos-bos, berapa kerat saja rakyat yang mampu miliki.
#bateri
#jalan
#kereta
#motosikal
3 Januari 2022, 10:05 pm
Ini aktiviti kat #kebun waktu cuti tahun baru. Idea asal saya & kakak saya ialah masak apa² saja dalam buluh.
#bushcraft
#kebun
#makan
#resipi
#Serian
2 Januari 2022, 9:50 pm
Seingat saya dulu waktu kecil², biskut wafer coklat Apollo ni hanya dapat dimakan waktu ada majlis atau parti. Kadang² dijadikan hadiah pertandingan kat sekolah, dah kira biskut premium sebab jarang² dapat makan, selalunya biskut kering jak kat rumah.
#makan
1 Januari 2022, 12:50 pm
Si nuning #emau kata:
#emau
31 Disember 2021, 6:45 pm
Sebelum ni saya ingat ini sayur ensabi ⁽¹⁾, tapi rupanya sawi pahit 😅. 7 minggu lepas membesar dalam #kebun #hidroponik kratky, tadi dah dituai & masak dalam megi goreng.
#hidroponik
#kebun
#makan
#resipi
30 Disember 2021, 3:25 pm
Jawapan: Si Warak 😅.
#AFFSuzukiCup2020
#bolasepak
29 Disember 2021, 6:50 pm
Rasanya belum pernah lagi saya jumpa telur dengan dua kuning (yolk) macam ni. Kalau telur ni jadi anak #ayam, agaknya jadi ayam kembar ke macam mana? 😅
#ayam
#makan
28 Disember 2021, 6:55 pm
Kalau ada beli takoyaki atau okonomiyaki kat Aeon Mall, kat atas hidangan tersebut ada ditabur benda macam kepingan plastik tapi bau ikan kering, itulah bonito.
#makan
#pasaraya
27 Disember 2021, 9:30 pm
Dakwat kekal yang SPR guna untuk tandakan jari pengundi ni nampak macam cat dari spray can. Semasa dicelup, dapat rasa sejuk², tandanya mengandungi alkohol yang cepat meruap supaya cat cepat kering.
#pilihanraya
#undi
26 Disember 2021, 4:45 pm
Kesemua sayur sawi tumbuh sihat, mungkin yang satu tu saja sedikit terbantut. Saya nak tunggu seminggu lebih lagi, baru tuai & masak bersama megi goreng 😁.
#hidroponik
#kebun
Mukasurat
61
-
70
→