Mukasurat 61-70
8 September 2021, 5:55 pm
Si #emau ni, dapat setahun lalu masih kecil lagi ⁽¹⁾, sekarang dah 2 kali beranak. Anak dia beberapa bulan lalu ⁽²⁾ semua mati sebab dia selalu dipindah²kan. Kucing bila nak angkat anak, dia gigit belakang leher anak dia kemudian bawa secara menggonggong. Bila dibawa melompat naik turun tempat tinggi, itu menyebabkan kecederaan leher, yang jadi punca anak kucing mati.
#emau
7 September 2021, 3:45 pm
Kena ambil gambar profil dari depan macam ni, atau dari tepi? Jambul dah buat style belah tepi tu, mata sebelah tak nampak 😆.
#ayam
6 September 2021, 5:55 pm
Sri Pahang vs Kedah
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2021
5 September 2021, 11:00 pm
Ramai ambil kesempatan hujung minggu ke tepi pantai tengok air laut & matahari terbenam. Saya join sekali nak practise #fotografi matahari terbenam 📸.
#fotografi
#Santubong
4 September 2021, 7:00 pm
Selalu dengar dalam lagu, disebut bintang kejora, tapi sebenarnya itu bukan bintang. Ia adalah planet Zuhrah (Venus), planet paling dekat dengan bumi arah mendekati matahari, kalau Marikh (Mars) pula arah menjauhi matahari ⁽¹⁾.
#astronomi
#fotografi
3 September 2021, 7:55 pm
Ini stesen #Petronas kat Jalan Datuk Stephen Yong Link, jalan penghubung #PanBorneo dari arah Serian ke Bau. Tahun lalu hanya nampak kerja² sedia tapak pembinaan ⁽¹⁾, sekarang dah siap beroperasi.
#PanBorneo
#Petronas
2 September 2021, 9:30 pm
Bangunan DUN Sarawak baru nampak meriah dengan suluhan cahaya warna bendera Malaysia pada waktu malam.
#fotografi
#Kuching
1 September 2021, 6:00 pm
Dah lama #candawara #RunningMan dah tak buat episod yang ada story line. Tema episod 568 minggu lalu adalah anak patung sumpahan kat bangunan sekolah. Jalan ceritanya ada elemen seram, campuran dari filem hantu yang ada anak patung macam Chucky & Anabelle, pastu ada sedikit idea dari drama Penthouse & movie lakonan Song Ji Hyo, Whispering Corridor.
#candawara
#laptop
#multimedia
#RunningMan
#TV
31 Ogos 2021, 4:50 pm
Waktu buat tortilla wrap & burrito ⁽¹⁾ dulu, saya terfikir apa menu lain yang boleh dibuat guna roti tortilla ni. Lepas tengok video TTT ⁽²⁾, saya pun nak cuba jugak buat #resipi ni. Lagipun jarang jumpa doh pizza dijual kat kedai, pizza segera dah siap tu ada.
#makan
#resipi
30 Ogos 2021, 6:00 pm
JDT vs Sri Pahang - Bergson jaringkan hatrik untuk jadi top scorer liga setakat ini dengan 23 gol ⁽¹⁾. Kejayaan ini juga menjadikan Benjamin Mora sebagai jurulatih pertama yang meraih kejuaraan hatrik liga super Malaysia ⁽²⁾.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2021