Stesen Petronas kat sini ada bilik mandi

241297179_373774854192330_2152061430126339787_n.jpg

Jumaat, 3 September 2021, 7:55 pm753

Ini stesen kat Jalan Datuk Stephen Yong Link, jalan penghubung dari arah Serian ke Bau. Tahun lalu hanya nampak kerja² sedia tapak pembinaan ⁽¹⁾, sekarang dah siap beroperasi.

Kawasan sekitar stesen ni luas, banyak tempat parking keliling bangunan. Saya belum masuk kedai Mesra sini lagi, tapi dari luar nampak besar kedai ni. Semua jenis petrol & diesel ada jual, cuma V-power jak takda 😅.

Di tepi kedai Mesra ada surau, dan ruang tandas ada juga bilik mandi, sesuai bagi pengembara yang jalan jauh, contohnya dari Sematan / Lundu menuju Sri Aman / utara Sarawak, untuk berhenti sini berehat, solat, makan, minum, mandi & membuang 😌.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/08/harga-petrol-minggu-ke-3-ogos-2020/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/373774887525660/

Tulis komen: