Nampak bintang kejora

241438433_374386200797862_6399428084635693803_n.jpg

Sabtu, 4 September 2021, 7:00 pm721

Selalu dengar dalam lagu, disebut bintang kejora, tapi sebenarnya itu bukan bintang. Ia adalah planet Zuhrah (Venus), planet paling dekat dengan bumi arah mendekati matahari, kalau Marikh (Mars) pula arah menjauhi matahari ⁽¹⁾.

Ia nampak terang sebab kedudukannya lebih dekat dengan matahari & memantulkan lebih banyak cahaya. Ada juga bintik² cahaya yang boleh nampak waktu matahari terbenam, tapi kedudukannya cepat berubah, itu mungkin satelit.

Kalau bintik cahaya tu berkelip² & nampak bergerak laju, itu mungkin belon atau halikuptaa!

Cuba cari mana bintang kejora dalam gambar ni 🧐.

Berita berkaitan hari ni: fenomena suar suria (solar flare) yang berlaku 28 Ogos lalu tidak mengakibatkan ribut geomagnetik di bumi ⁽²⁾. Suar suria merupakan fenomera letusan tenaga yang berlaku di permukaan matahari, yang membebaskan sejumlah besar partikel berion (ionised particle) bebas ke ruang angkasa. Partikel ini apabila tiba di bumi, boleh mengganggu operasi satelit & sistem telekomunikasi manusia secara global.

⁽¹⁾ https://utusantv.com/2021/04/10/inilah-dia-bintang-kejora-yang-sering-disebut-dalam-madah-pujangga-melayu/
⁽²⁾ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/750863/tiada-ribut-geomagnetik-landa-bumi

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/374387060797776/

Tulis komen: