#jalan
azwan082.my
    • Apps
    • Petrol
    • Live TV
    • Waktu Solat
    • Turutan
    • Terkini
    • Popular
💵 Ekonomi
🐈 Fauna
🎸 Hobi
🍔 Juadah
🚗 Kereta
💻 Komputer
🏕 Liburan
🎞 Multimedia
⚽️ Sukan
#AirAsia #feri #Firefly #jalan #jambatan #jejambat #johor #Kedah #Kelantan #KL #melaka #mercutanda #NSembilan #Pahang #pantai #Penang #Perak #perlis #reviewhotel #Sarawak #Selangor #Terengganu

PKPP masih ada roadblock

25 Jun 2020, 12:45 pm

Semasa saya memandu dari Kuching hingga ke #Sematan minggu lalu, saya dapati masih terdapat sekatan #jalan raya dilakukan di jalan #PanBorneo ke Lundu, di simpang ke Sampadi.

#jalan #Lundu #PanBorneo #Sematan

Jalan² sampai nampak Gunung Pueh kat Sematan

24 Jun 2020, 1:10 pm

Gunung Pueh berada di bahagian kanan dalam gambar. Gunung yang berada di belakang & bahagian kiri adalah Gunung Rumput.

#jalan #PanBorneo #Sematan

Jauh perjalanan, badan kepenatan

23 Jun 2020, 11:25 am

Lebih² lagi kalau memandu guna transmisi manual. Walaupun enjin dijana kuasa dengan turbo, tapi dengan keadaan jalan sekarang, memandu untuk 74 km, mengambil masa hampir 2 jam, lenguh kaki tekan clutch.

#Bau #jalan #Lundu #PanBorneo

Jalan² tengok Bukit Ampungan dari jejambat Pan Borneo Serian

17 Jun 2020, 1:00 pm

Di bandar Serian ada 2 jejambat untuk laluan lebuhraya #PanBorneo. Yang ini berada di bulatan berdekatan Hospital Serian. Telah dibuka satu lorong saja kepada trafik pada 22 Januari 2020 sebelum cuti Tahun Baru Cina.

#jalan #PanBorneo #Serian

Jalan² melihat pemandangan matahari petang di Lebuhraya Kuching - Samarahan

10 Jun 2020, 2:25 pm

3 bulan #MCO jumlah kenderaan di jalan raya berkurangan secara drastik. Hasilnya, atmosfera bumi pun semakin bersih dan pulih. Sehingga dapat menikmati pemandangan yang cantik & jelas seperti ini.

#jalan

Jalan² hingga ke negeri atas awan

9 Jun 2020, 4:50 pm

Di kawasan tanah tinggi, ketumpatan udara adalah lebih rendah daripada tanah rendah. Sebab tu walaupun udaranya sejuk, tapi prestasi #kereta enjin NA (naturally aspirated) menurun. Enjin tidak mendapat kandungan oksigen yang mencukupi untuk pembakaran petrol secara optimum yang menghasilkan kuasa maksimum 🔥.

#jalan #kereta #Kundasang #Serapi

Jalan² tengok matahari terbenam di Jambatan Darul Hana

7 Jun 2020, 4:55 pm

Jambatan ini merupakan jambatan untuk pejalan kaki sahaja, merentasi Sungai Sarawak, menghubungkan Tebingan #Kuching dengan Pengkalan Sapi. Ia dibuka kepada umum pada 11 November 2017.

#jalan #Kuching #Serapi

Jalan² tengok matahari terbenam atas Jambatan Sungai Santubong kat Jalan Bako

4 Jun 2020, 2:05 pm

Pemandangan ini dapat dilihat melalui #jalan arah dari Demak Laut ke Demak Jaya. Tempat ini menjadi salah satu hotspot untuk kaki pancing. Sambil tangkap ikan sambil tengok matahari terbenam & beri makan nyamuk 🦟.

#basikal #jalan #kereta #Santubong

Jarang tengok Bandar Serian kosong macam ni

3 Jun 2020, 4:15 pm

Pasaraya Sin Joon Miaw, pasaraya paling sibuk kat Bandar Serian, sentiasa penuh dengan orang ramai. Susah nak cari tempat letak kereta kat sini yang sentiasa penuh. Dari kecil dah selalu beli barang² sekolah dan pakaian kat sini.

#jalan #Serian

Mengejar matahari terbenam kat drag strip Sejingkat

2 Jun 2020, 1:50 pm

Bagi geng² #kereta, pasti dah tahu tempat ni. Tapi bagi yang baru tahu, sini adalah kawasan perindustrian #Demak, Lorong Demak Indah 6.

#Demak #jalan #kereta #Sejingkat

2008-2025 © azwan082.my (003610659-K)
Privacy Policy · Terms & Conditions