Apakah maksud laluan kontra?

106493621_158107489092402_2514255325978424679_n.jpg

Selasa, 30 Jun 2020, 11:35 am2,037

Laluan kontra bermaksud laluan sementara pada raya atau lebuhraya yang menggunakan lorong pada arah trafik yang berlainan daripada yang asalnya.

Contohnya pada gambar, lorong dari arah bertentangan di sebelah kiri digunakan untuk trafik dari arah asal di sebelah kanan.

Tujuan laluan kontra diwujudkan adalah sama ada untuk menguruskan kecemasan ⁽¹⁾, menyelenggara jalan ⁽²⁾, atau pun untuk mengurangkan kesesakan trafik ⁽³⁾.

⁽¹⁾ https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1855566

⁽²⁾ https://www.capitalpost.com.my/2020/06/22/jambatan-kedua-pp-ditutup-untuk-kerja-selenggara/

⁽³⁾ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2644/2016/07/177220/mex-buka-laluan-kontra-percubaan-km115

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/158107482425736/

Tulis komen: