24 Julai 2021, 3:00 pm
Saya hanya sempat rekod perjalanan hingga ke Asajaya saja. Buat masa sekarang, masih lagi kena sekatan rentas daerah, tak dapat sambung rekod video #dashcamdrive, jadi hanya tengok map saja dulu, setakat mana tempat yang dah dilalui:
#BKSSLoop
#dashcamdrive
28 Jun 2021, 3:55 pm
Melihat kepada reaksi umum, saya dah agak ramai tak berapa tangkap pengumuman #TSMY pasal pelan pemulihan yang diumumkan ⁽¹⁾, sebab dah biasa dengan #MCO yang dibuat berdasarkan tempoh masa.
#TSMY
13 Jun 2021, 9:30 pm
Dari bulatan Santubong hingga simpang Telaga Air, tak ada roadblock, sebab tu nampak ramai guna #jalan ni drive perlahan².
#jalan
11 Jun 2021, 9:05 pm
Seperti biasa, MKN akan umum dulu #MCO untuk seluruh Malaysia ⁽¹⁾, kemudian baru giliran SDMC umum untuk Sarawak. Update: Sarawak pun akan ikut sambung PKP sampai hujung bulan ni ⁽²⁾.
#vaksin
2 Jun 2021, 3:00 pm
#MCO tahun lalu guna iflix, sebab ada promo VIP sebulan ⁽¹⁾. Kali ni nak cuba guna #Viu pulak, sebab nak tengok drama Penthouse season 2, tapi baru hanya ada 4 episod. Movie kali ni saya tonton filem Peninsula, sambungan kepada filem box office Train to Busan. Takda Gong Yoo lagi, dia dah jadi zombie, kali ni ada Kang Dong Won pulak, banyak main tembak² sebab dia bekas askar.
#movie
#Viu
28 Mei 2021, 8:00 pm
Guideline baru untuk PKP bermula esok selama 2 minggu dah keluar ⁽¹⁾. Kuching & Samarahan masih satu zon, tapi tak banyak kedai buka melainkan kedai barangan keperluan. Nak buat fun drive boleh tapi mesti dalam zon saja, dan tak boleh sampai lepas pukul 10 malam.
24 Mei 2021, 7:40 pm
Garis panduan PKPB #MCO negeri Sarawak dikemaskini ⁽¹⁾ dengan memecahkan zon Kuching kepada 4 iaitu:
#jalan
7 April 2021, 11:30 am
Sebelum ni saya ramal PKP/B akan berlanjutan hingga Mac ⁽¹⁾, sekarang dah April, masih lagi kena sekatan melintas daerah. Belum lagi dapat melancong ke ‘Lundun’ 😆.
#jalan
#Lundu
15 Februari 2021, 2:00 pm
#MCO bersyarat yang dijadualkan tamat semalam, dilanjutkan lagi hari ini hingga bulan depan ⁽¹⁾. Zon² terlibat juga semakin banyak, dan pergerakan antara zon tidak dibenarkan ⁽²⁾. Pasaraya & kedai hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.
#evodrive
#jalan
#Siburan
4 Februari 2021, 11:15 am
#MCO di semua negeri & wilayah persekutuan kecuali Sarawak yang dijadualkan tamat hari ini, dilanjutkan hingga 18 Februari ⁽¹⁾.
#emau