Jalan² kat FAC tak ada roblok 
Jalan² kat FAC tak ada roblok .
Dari bulatan Santubong hingga simpang Telaga Air, tak ada roadblock, sebab tu nampak ramai guna #jalan ni drive perlahan².
Jalan² kat FAC tak ada roblok .
Dari bulatan Santubong hingga simpang Telaga Air, tak ada roadblock, sebab tu nampak ramai guna #jalan ni drive perlahan².
Yeyea sambung PKP season 3 .
Seperti biasa, MKN akan umum dulu #MCO untuk seluruh Malaysia ⁽¹⁾, kemudian baru giliran SDMC umum untuk Sarawak. Update: Sarawak pun akan ikut sambung PKP sampai hujung bulan ni ⁽²⁾.
Sumber hiburan lockdown tahun ni, sambung layan #movie.
#MCO tahun lalu guna iflix, sebab ada promo VIP sebulan ⁽¹⁾. Kali ni nak cuba guna #Viu pulak, sebab nak tengok drama Penthouse season 2, tapi baru hanya ada 4 episod. Movie kali ni saya tonton filem Peninsula, sambungan kepada filem box office Train to Busan. Takda Gong Yoo lagi, dia dah jadi zombie, kali ni ada Kang Dong Won pulak, banyak main tembak² sebab dia bekas askar.
Yeyea esok PKP .
Guideline baru untuk PKP bermula esok selama 2 minggu dah keluar ⁽¹⁾. Kuching & Samarahan masih satu zon, tapi tak banyak kedai buka melainkan kedai barangan keperluan. Nak buat fun drive boleh tapi mesti dalam zon saja, dan tak boleh sampai lepas pukul 10 malam.
Tak dapat ke Serian & Bau 2 minggu ni.
Garis panduan PKPB #MCO negeri Sarawak dikemaskini ⁽¹⁾ dengan memecahkan zon Kuching kepada 4 iaitu:
Jalan² di Pantai Pugu, #Lundu, awal tahun ni sebelum kena PKPB.
Sebelum ni saya ramal PKP/B akan berlanjutan hingga Mac ⁽¹⁾, sekarang dah April, masih lagi kena sekatan melintas daerah. Belum lagi dapat melancong ke ‘Lundun’ .
Isnin, 15 Februari 2021, 2:00 pm
PKPB di Sarawak dilanjutkan hingga 1/3/2021.
#MCO bersyarat yang dijadualkan tamat semalam, dilanjutkan lagi hari ini hingga bulan depan ⁽¹⁾. Zon² terlibat juga semakin banyak, dan pergerakan antara zon tidak dibenarkan ⁽²⁾. Pasaraya & kedai hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.
Khamis, 4 Februari 2021, 11:15 am
PKP seluruh negara dilanjutkan hingga 18/2/2021.
#MCO di semua negeri & wilayah persekutuan kecuali Sarawak yang dijadualkan tamat hari ini, dilanjutkan hingga 18 Februari ⁽¹⁾.
Ahad, 31 Januari 2021, 9:40 am
PKPB di Sarawak disambung sehingga 14 Februari.
#MCO bersyarat yang dijadualkan tamat hari ini (https://azwan082.my/post/10997/), termasuk juga PKP di Sibu, disambung lagi 2 minggu.
Jumaat, 22 Januari 2021, 9:15 am
Seluruh negara kena PKP, kecuali Sarawak.
Hari ini PKP dikuatkuasakan di seluruh negara. #MCO di 6 negeri sejak 13 Januari dilanjutkan selari dengan negeri² lain sehingga 4 Februari ⁽¹⁾.