Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dengarnya SUV compact Perodua akan keluar dlm suku terakhir tahun ni (#Perodua D55L)

wm_89166134_123004852602666_7714214558759387136_n.jpg

Sabtu, 7 Mac 2020, 9:00 am0

Antara ciri² menarik yg saya harap ada pd model ini nnt (ada niat nak angkat sebijik ni 😁):

Enjin 1.0L turbo = enjin Axia dgn turbo, road tax murah, pastu ada turbo jadi torque tinggi, takla rasa berat bila nak pecut dlm 30-60kmj 🏎. Top speed tak penting, yg penting dpt bawa byk barang.

Platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) = lebih kurang mcm TNGA (Toyota), ertinya ada penambahbaikan dr segi pengendalian, pengalaman memandu & keselamatan (chassis lebih kukuh). Harap NVH lebih bagus (kabin lebih senyap).

ASA (advance safety assist) yg lebih advance = blind spot monitor, lane keep control, lane departure warning, etc. = apa² sistem keselamatan advance yg ada pd Daihatsu Rocky yg takda pd ASA Perodua.

Cruise control / adaptive = sendiri ikut kenderaan di depan dan mengekalkan jarak tertentu, cth: 2-3 saat drpd kenderaan di depan. Bagus utk time jln jam ataupun kat highway, tak letih kaki tekan minyak & brek. Tapi sistem ni mgkn menyebabkan harga SUV ni nnt lebih mahal dari Aruz 🤔.

Gearbox DCVT (direct-shift CVT) = CVT ni bagus sbb jimat minyak & optimum performance. Tapi bkn mcm CVT yg ada pd Proton yg dihasilkan oleh Punch. Ini drpd Toyota, yg mana ciri unik dia, pada gear 1 ia menggunakan sistem gear auto konvensional, dan bila laju dah naik baru tukar ke CVT. Ini supaya kereta cepat bergerak dari keadaan pegun. Pengguna Proton CVT slalu komplen pasal ni, kereta lembab nak pickup.

Sistem infotainment = harap dapat pakai Apple Carplay, kalo tak, cari yg aftermarket.

Harga = harap² antara harga Myvi dgn Aruz.

Lain² = headlight LED, airbag, DRL, saiz rim, camera², warna, bodykit, tak kisah sangat.

Yang penting, SUV ni nnt memberi pengalaman memandu yg selesa, dpt bawa byk barang & tidak membocorkan dompet 💸, sebab nnt nak slalu jalan jauh 🚙🛣.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/123004842602667/

Pingback: Banyak juga jangkaan saya tepat mengenai Perodua Ativa

Tulis komen: