Pengumuman insentif kerajaan oleh Majlis Tindakan Ekonomi

Isnin, 23 Mac 2020, 1:40 pm
Pencarum KWSP berumur bawah 55 tahun diberi kebenaran melalui skim i-Lestari untuk membuat pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, bermula 1 April depan.
Kementerian Kesihatan diberi RM500 juta peruntukan untuk membeli peralatan perubatan bagi menangani #Covid19 seperti ventilator, peralatan di wad ICU, personal protective equipment (PPE), peralatan makmal dan menambah kakitangan terutamanya jururawat.
Setiap kerajaan negeri diberi RM130 juta bagi membantu rakyat negeri masingยฒ terutamanya peniaga kecil, penjaja, pesakit & ahli keluarga mereka dan petugas kerajaan negeri yg terlibat dalam membendung Covid-19. #politik
Peminjam PTPTN diberi tambahan masa penangguhan pembayaran balik dari 3 ke 6 bulan.
Pengumuman pakej ransangan dan bantuan rakyat secara komprehensif dijadualkan akan diumumkan pada 30/3 nanti.
Ingat, duduk rumah, jangan ngelayo! #MCO #TSMY
Kenapa ada paku dalam kotak ubat ?
22 Mac 2020