Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 12/5/2020

wm_93838197_139253947644423_8503453681738317824_n.jpg

Jumaat, 24 April 2020, 8:15 am0

Ini adalah fasa ke-4, bermula pada 29 April hingga 12 Mei. Terdapat sedikit kelonggaran diberikan:

  • Pelajar² yang terperangkap di pusat pengajian atau kampus dibenarkan untuk pulang.
  • Individu yang terperangkap di kampung atau tempat lain selain rumah sendiri akan dibenarkan untuk pulang ke rumah masing².

Namun pergerakan ini akan dikawal secara ketat dan memerlukan koordinasi bersama pihak polis supaya mengurangkan risiko jangkitan .

Sepanjang MCO fasa ke-4 nanti juga, situasi semasa akan dipantau, dan beberapa sektor perniagaan dan sosial, akan dibenarkan beroperasi semula, tertakluk kepada syarat² ketat berkenaan keselamatan pekerja, penjarakan sosial dan kebersihan tempat bekerja.

Turut ditekankan, ada kemungkinan tinggi MCO diteruskan lagi sehingga hujung Mei, bermaksud sambut raya dalam rumah saja. Oleh itu:

  • Teruskan duduk di rumah, jaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  • Keluar hanya apabila perlu. Kalau nak beli makanan sungkai atau sahur, order saja online.
  • Banyakkan bersabar, kurangkan kemahuan diri, banyak sangat mahu benda macam² ni lah yg sering menyebabkan rasa kecewa dan marah. Hiduplah secara .

MCO hari ke-38, hari ke-1.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/139253937644424/

Tulis komen: