Panas eh hari ni + idea sijil sekolah NFT blockchain

244812566_395159945387154_6093318465239318083_n.jpg
244735354_395159942053821_3206271157941254276_n.jpg

Khamis, 7 Oktober 2021, 8:45 pm91

Suhu baru 33.3℃ tapi rasa berbahang dalam bilik. Dengan kelembapan rendah, kena banyak air, kalau tak, cepat dehidrasi, kalau dah rasa haus tu, itu tandanya badan kurang air.

Tadi saya dapati laci kat meja kerja dipenuhi semut. Semut buat sarang kat fail sijil, patut la asyik jumpa semut atas meja menghurung minuman.

Tengah bersih²kan laci & sijil, terfikir pula kalau sekarang ni, ada tak universiti atau sekolah yang keluarkan sijil sekolah atau graduasi dalam bentuk digital.

Mungkin dalam bentuk dokumen PDF yang disimpan pada satu URL tetap pada website sekolah atau universiti. Lepas tu untuk menentusahkan keaslian sijil itu, rekod pengeluaran sijil tersebut disimpan dalam ataupun secara .

NFT: non-fungible token, bukan nutrient-film technique hidroponik tu 😅.

Pengesahan menggunakan blockchain ataupun NFT membolehkan sijil itu disahkan asli dikeluarkan oleh sekolah atau universiti terbabit. Majikan yang mahu memproses permohonan kerja bekas pelajar atau graduan dapat mengesahkan dengan mudah dengan hanya melawat URL sijil tersebut.

Masalah berkenaan sijil fizikal ini ialah apabila rosak, ia hilang terus. Kalau ia disimpan secara online, ia kekal wujud selagi website yang host file sijil tersebut masih ada. Kalau simpan dalam blockchain, setiap node yang sync database tu mesti ada rekod sijil tersebut. Kalau guna NFT, sekolah / uni yang mint, pastu beri ownership NFT kepada pelajar / graduan itu sendiri.

Memang pun boleh apply balik sijil baru kat sekolah atau universiti, tapi sekarang dah zaman wasap-wasup & taktuktiktok, takkan masih buat kerja cara zaman 90an lagi 😆.

P.s: kalau graduan tu susah sangat nak dapat kerja, boleh jual NFT tu, dapat ETH sikit 🤣.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/395160018720480/

Tulis komen: