Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Perintah kawalan pergerakan (pemulihan) dilanjutkan hingga 31/12/2020

118640604_173589677544183_3336288623439593346_n.jpg

Jumaat, 28 Ogos 2020, 8:35 pm0

muncul lagi selepas lebih 2 bulan untuk mengumumkan hal berkenaan pemulihan yang bakal berakhir pada 31 Ogos, dan seperti dijangka, PKPP akan dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

Walaupun dalam negara kes² adalah terkawal, namun kes² luar negara masih lagi tinggi, dan ada negara yang mengalami peningkatan semula.

Berikut adalah beberapa butiran yang saya sempat ambil nota:

  • Jika berlaku peningkatan kes Covid-19 mendadak, PKP bersasar atau PKP diperketatkan akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan.
  • Sentiasa berwaspada berikutan kewujudan varian D614G yang tinggi kadar jangkitannya dalam negara. Individu berisiko tinggi mesti patuh SOP & kuarantin bagi mengelak menjadi super spreader seperti kluster Sivagangga.
  • TSMY menyatakan sokongan untuk menaikkan sehingga 2-3 kali ganda kompaun kepada individu yang ingkar SOP PKPP, namun ia perlu diperhalusi sebelum akta dipinda.
  • Amalkan dan budayakan normal baharu – pakai pelitup separuh muka, kerap cuci tangan & elak tempat sesak.
  • KPDNHEP sedang berunding dengan pengilang bagi menurunkan harga facemask, berikutan ia menjadi benda yang wajib dipakai di tempat awam sekarang.
  • Kelab malam dan pusat hiburan masih lagi tidak dibenarkan, berikutan sukar untuk mengawal penjarakan fizikal.
  • Pelancong asing juga masih tidak dibenarkan masuk, bagi mengelak kes import.
  • Sukan dibenarkan, namun tanpa penyertaan atlet antarabangsa dan dilangsungkan tanpa penonton.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/173589670877517/

Tulis komen: