Ikut jadual asal, 4 jejambat dari jalan Kuching - Serian dah siap hari ini

Jumaat, 30 Oktober 2020, 12:20 pm
Daripada berita 2 tahun lalu – https://www.theborneopost.com/2018/11/30/works-on-four-flyovers-to-complete-in-oct-2020/.
Disebabkan oleh pandemik Covid-19, projek ni ditangguhkan tarikh siap selama setahun, jadi Oktober 2021 nanti update lagi – https://www.theborneopost.com/2020/08/04/lo-mile-4-interchange-flyover-to-open-to-public-by-year-end/.
Berikut adalah gambarĀ² jejambat yang masih dalam pembinaan, diambil awal bulan ini.
Jejambat Batu 4 terletak di sambungan ke jalan Stephen Yong Link, sekarang dah dinamakan semula sebagai jalan Wee Boon Ping (https://www.theborneopost.com/2020/10/25/road-in-batu-kawa-renamed-to-jalan-tan-sri-datuk-amar-wee-boon-ping-to-honour-late-philanthropist/).
Jejambat Batu 6 pula dekat dengan Kuching Sentral, stesen bas utama di sini, dan bersambung dengan jalan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
Jejambat Batu 7 terletak di Batu 7, atau sekarang yang dah dinamakan Kota Sentosa. Ada simpang menyambungkan jalan ke Bau.
Jejambat Batu 10 saja saya tak ada gambar. Buat masa sekarang, kalau nak ke situ, kena tempuh kesesakan jalan yang nauzubillah . Jejambat ni terletak kat simpang ke Padawan, dekat dengan Giant Padawan yang dah tutup.
ā
Tapi kan, bila dah siap nanti, tetap juga perjalanan tak lancar sebab ada beberapa lampu isyarat dan simpang yang tak ada jejambat. Ini boleh jadi bottleneck, atau punca kesesakan di masa depan. Harap pihak berkuasa mengurus trafik tahu apa mereka buat, pelik juga tengahĀ² highway ada trafik light, kenapa tak di buat susur keluar (exit) saja ?
JalanĀ² tengok matahari terbenam tepi sungai ada river cruise
31 Oktober 2020
Mencuba sushi dari kedai LePapa
29 Oktober 2020