Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Optimis vs pesimis

124183050_191346529101831_6027432086344048592_n.jpg
124009311_191346555768495_3451338683371957483_n.jpg

Jumaat, 6 November 2020, 11:45 am0

Optimis melihat sesuatu cabaran dengan harapan untuk menguasainya. Pesimis pula cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada tewas kepada cabaran.

Melihat kepada 2 tajuk artikel dalam gambar, dapat dilihat gaya pemikiran (mindset) yang ingin dibawa penulis untuk disampaikan kepada pembaca.

Optimis ⁽¹⁾ kali ini menggunakan format kalah mati, ini merupakan peluang terbaik untuk Kuching FA membuat kejutan & menyingkirkan JDT daripada kejohanan. Tekanan lebih kepada pasukan JDT untuk tidak dimalukan oleh pasukan dari Liga Perdana.

Pesimis ⁽²⁾ – belum masuk padang, sudah hilang semangat untuk berlawan. Pasukan JDT ibarat tembok yang mustahil untuk ditembusi. Pasukan Kuching FA bukan lawan yang setara, hanya setakat pelengkap jadual.

Berdasarkan cara pemikiran yang dibawa, ia akan mempengaruhi keputusan & tindakan yang akan diambil. Jika Kuching FA optimis, tidak mustahil untuk menang sebab dalam format kalah mati, pasukan mana yang beraksi dengan lebih baik pada hari perlawanan, akan menang & tak ada peluang kedua lagi.

Oleh itu mana satu yang korang lebih gemar untuk dengar? Jadi optimis ada harapan menang? Atau jadi pesimis, tak payah prektis rajin sangat, JDT lawan tu, last² kalah jugak.

Kita tengok malam nanti.

⁽¹⁾ https://www.utusanborneo.com.my/2020/11/02/apa-sahaja-boleh-berlaku-kuching-fa-tidak-gentar-bertemu-jdt-jurulatih
⁽²⁾ https://sarawakcrocs.com/jdt-penghalang-impian-piala-malaysia-kuching/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/191346585768492/

Tulis komen: