Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

‘Barang tak berfaedah’ ni agak subjektif

130874158_212887350281082_1523632845258380046_n.jpg

Isnin, 14 Disember 2020, 10:45 am0

Kebanyakan masanya bergantung kepada keperluan dan minat seseorang (personal preference), untuk menilai satu² pembelian itu berfaedah atau tak.

Orang yang minat bercamping akan membeli peralatan memasak atau BBQ yang khas untuk mudah dibawa di dalam beg. Tapi orang yang minat memasak di dapur akan mempersoalkan tindakan membeli peralatan tersebut, katanya, baik lagi beli oven, air fryer, mesin blender segala macam yang lebih memudahkan.

Orang yang minat mengembara dengan memandu sendiri, ada yang memilih menggunakan & membina sendiri campervan. Bagi yang tak minat, katanya benda itu membazir dan menyusahkan, baik book bilik hotel bajet.

Orang yang suka mengambil gambar, dan mahukan kualiti dan kawalan terhadap setiap shot gambar yang diambil, akan membeli kamera DSLR yang mencecah ribuan ringgit. Tapi bagi yang tak kisah ambil gambar senget², bergegar atau kabur tak fokus, katanya guna handphone pun dah dapat ambil gambar.

Sebaiknya, nasihat untuk mereka yang mengeluarkan dari akaun 1 KWSP, adalah untuk membelanjakan pada benda yang halal² saja. Jangan guna untuk buat jenayah atau cari penyakit, contohnya pergi beli dadah atau berjudi pulak ☠🚨.

Saya minat nak jalan² jauh jadi kalau dapat saya nak beli kereta cash, tak dapat AE101, E36 pun jadi lah 😆.

Artikel: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/12/763542/usah-guna-wang-kwsp-beli-barang-tak-berfaedah

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/212887346947749/

Tulis komen: