Lagu Wasiat Sang Kekasih mengenang tsunami Banten 2 tahun lalu
Selasa, 22 Disember 2020, 1:45 pm0
Hari ini genap 2 tahun tragedi tsunami di Selat Sunda yang berpunca daripada letusan gunung berapi Anak Krakatau.
Kejadian ini umum diingati disebabkan video tular yang menunjukkan tsunami meruntuhkan pentas di mana band Seventeen sedang membuat persembahan ⁽¹⁾.
Musibah ini juga mengorbankan pekerja di bawah naungan pengurusan band Wali, termasuk beberapa ahli keluarga pekerja tersebut.
Band Wali ketika itu baru selesai menjalani penggambaran #muzik video untuk single sebelum ‘Matanyo’, merasa terkesan tatkala membuat pengecaman mayat dan menemukan beberapa orang sahabat & ahli keluarga besar Wali yang sudah tidak bernyawa.
Penulis #lagu ini, yang juga pemain gitar band Wali, Apoy, menyatakan yang seluruh ahli band terpukul oleh kejadian ini, rasanya seperti baru semalam berjumpa, borak sama², dan hari ini sudah terbujur. Kemudian beliau melontarkan pertanyaan, ‘bagaimana jika esok giliran kami pula yang pergi?’ ⁽²⁾
‘Bagaimana jika mereka ada pesan terakhir sebelum mereka pergi?’
Jadi lagu Wasiat Sang Kekasih ini ditulis sebagai pesanan terakhir atau wasiat daripada Wali kepada keluarga dan para peminat, di samping sebagai memori kepada mereka yang terkorban. ⁽³⁾
Menurut Faank, vokalis band Wali, ini lagu yang paling berat untuk dirakamkan vokalnya, setelah lagu ‘Baik-baik Sayang’, kerana melodi & liriknya yang menekan emosi, tambahan tragedi yang berlaku kurang dari 3 minggu yang lepas. Rakaman yang biasanya mengambil 1-2 jam, terpaksa diulang rakam sehingga memakan masa 5 jam ⁽⁴⁾.
⁽¹⁾ https://www.youtube.com/watch?v=LdmDX9ZJfJo
⁽²⁾ https://www.suara.com/entertainment/2019/02/13/192351/band-wali-rilis-wasiat-sang-kekasih-untuk-sahabat-korban-tsunami
⁽³⁾ https://republika.co.id/berita/pmvyho328/wali-rilis-wasiat-kekasih-kisah-dari-tsunami-banten
⁽⁴⁾ https://youtu.be/Fe8fD4INnYc?t=1014