Laptop ni minta diganti baru, untuk jadi hadiah Krismas
Jumaat, 25 Disember 2020, 11:45 am0
Lepas saya upgrade #Mac mini ⁽¹⁾, Macbook Pro ni dah jarang diguna. Kelmarin bila pasang #laptop ni, tengok status bateri tak masuk charge. Pastu saya pun buka & cuci dalaman laptop ni, tengok² dapat tak kalau pakai #Macbook tanpa bateri. Bila pasang balik, tak dapat nak on laptop. Lampu sleep Macbook tunjuk error code ada masalah memory module.
Beberapa kali jugak saya buka & pasang balik bateri & RAM laptop ni. Hujung² saya dapati, bateri Macbook ni dah langsung tak dapat nak masuk charge, sebab tu bila bateri terpasang, langsung tak dapat nak on, bateri dah kong. Bila dibuka bateri, RAM pula problem, tak dapat detect memory module yang terpasang, walaupun dah cuba tukar guna RAM lama dari Mac mini.
Petanda ni, laptop minta dibeli baru .
Secara umumnya saya hanya gunakan laptop apabila berada dalam perjalanan, macam sekarang ni, road trip ke Bintulu. Antara kerja² yang saya lakukan pada laptop adalah seperti web browsing, menulis content, pindah file² dari SD card ke dalam hard disk, image editing, dan sedikit web programming. Video editing agak berat kalau buat kat laptop & mengambil masa yang lama untuk rendering. Kalau boring² waktu dalam hotel, dapat guna laptop untuk main game pun ok jugak, install GTA 5 ⁽²⁾.
Oleh itu saya rasa nak kembali guna Windows, sekurang²nya ada pilihan kalau nak buat tugas² tertentu dalam Windows. Laptop baru yang saya senarai pendek adalah:
Kedua² laptop berharga bawah 4 ribu kalau tak upgrade spec, lagi murah dari Macbook Pro second hand yang dah tak nak start tu. Jadi, kenapa pilih #ThinkPad?
Satu ciri yang paling saya gemar pada ThinkPad & perlukan ialah design keyboard yang ergonomik. Selain daripada keyboard dengan scissor mechanism yang terdapat pada produk #Apple, keyboard Thinkpad adalah yang paling selesa & jitu penggunaannya. Maklum balas tactile pada setiap kekunci, dengan bentuk kekunci yang cukup² muat pada bentuk jari, membuatkannya keyboard yang paling sesuai untuk kerja² yang banyak menaip. Kurang typo semasa menaip.
Untuk kedua² model di atas, saya masih berfikir untuk memilih model yang mana satu.
Untuk E14, ciri yang menarik ialah ia menggunakan processor AMD yang memiliki 6 core pada harga yang lebih rendah berbanding L13 yang menggunakan Intel tapi dengan 2 core sahaja.
Tapi L13 ada slot untuk SD card, jadi tak perlulah beli adapter berasingan.
Namun kedua²nya menggunakan onboard RAM, bermaksud RAM dipasang terus kat motherboard, tak dapat nak upgrade di kemudian hari. Ini agak merisaukan jugak, tapi bagi saya kalau kena buat kerja yang memerlukan RAM yang tinggi macam rendering video, boleh gunakan Mac mini saja.
Siapa² yang ada pengalaman guna Thinkpad E14 / L13, boleh kongsi sikit review ?
⁽¹⁾ https://azwan082.my/tag/upgrademacmini
⁽²⁾ https://azwan082.my/post/2212/
⁽³⁾ https://www.lenovo.com/my/en/laptops/thinkpad/thinkpad-e-series/ThinkPad-E14-Gen2-AMD/p/22TPE14E4A2
⁽⁴⁾ https://www.lenovo.com/my/en/laptops/thinkpad/thinkpad-l-series/ThinkPad-L13/p/22TPL13L3N1
Nampak apa yang janggal pada kereta ni?
26 Disember 2020
24 Disember 2020