Masalah garam & garam masalah

132332688_219185892984561_6671830951705913444_n.jpg

Khamis, 24 Disember 2020, 1:55 pm541

Masalah garam – kalau banyak sangat, boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, yang seterusnya menyebabkan komplikasi lain seperti strok, sakit jantung & masalah buah pinggang.

Kaitan antara garam & tekanan darah tinggi ialah (ini menurut pendapat peribadi saya), kandungan garam yang tinggi dalam darah membuatkan darah jadi pekat. Darah yang pekat ini tidak dapat mengalir dengan cukup lancar menyebabkan sesetengah organ badan mengalami masalah:

  • jantung kena pam lebih kuat
  • oksigen tak dapat dihantar ke seluruh badan pada kadar yang mencukupi
  • buah pinggang kena kerja lebih untuk tapis darah yang pekat

Sebagai analogi, darah dalam badan manusia ni lebih kurang macam air yang mengalir dalam paip. Kalau air yang dibekalkan kotor, pam air, paip & sistem penapis air semua akan bekerja lebih untuk menghantar air ke pili. Pam air selalu tersumbat, penapis air juga kena selalu ditukar, tapi badan manusia, buah pinggang tak dapat ditukar selalu, melainkan buat pembedahan pemindahan buah pinggang.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1340168406260060160

Ada yang kata kalau tak masin tak sedap. Sebenarnya ini agak relatif, kerana lidah yang dah terlalu biasa makan garam, boleh dikatakan semakin lali dengan rasa masin, oleh itu sentiasa mahu menambah lebih banyak garam.

Sebaiknya kena belajar untuk sukakan makanan yang tawar. Cuba amalkan makan kurang masin untuk seminggu, serta kerap minum air kosong. Kemudian teruskan dengan makan tak ada garam langsung selama 2-3 minggu. Pada bulan baru, lidah akan di-reset untuk menerima rasa garam yang sebenar. Lidah anda juga akan lebih menghargai rasa makanan sebenar, contohnya kalau makan lobak merah (carrot), akan dapat merasa manis pada sayur tersebut.

Garam masala – ini bukannya garam yang bermasalah 😅, tapi sejenis rempah yang selalu digunakan untuk India. Ia diperbuat daripada beberapa jenis rempah yang dipanggang sehingga naik aroma kemudian dikisar menjadi serbuk. Terdapat pelbagai jenis campuran rempah untuk membuat garam masala, tapi umumnya menggunakan jintan putih, ketumbar, lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala.

🍛

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/219185889651228/

Tulis komen: