Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Platform yang menempatkan teleskop radio di balai cerap Arecibo telah runtuh 3 hari lalu

130002045_206077300962087_5336927118217977440_n.jpg
129795817_206077344295416_522821998418690880_n.jpg

Jumaat, 4 Disember 2020, 4:10 pm0

Balai cerap Arecibo merupakan sebuah teleskop radio yang dibina di lekukan lubang mendap di kawasan bukit batu kapur di Arecibo, Puerto Rico. Satu bukit dibuat jadi teleskop 😱.

Dengan lebar piring pantulan (reflector dish) 305m yang dibina di keseluruhan lekuk bukit dan sebuah platform boleh gerak yang menempatkan penerima & pemancar tergantung 150m di atas piring parabola, balai cerap ini merupakan teleskop radio terbesar sejak 1963 sebelum dipintas oleh FAST yang dibina di China pada 2016 ⁽¹⁾.

Antara penemuan yang dihasilkan oleh teleskop ini adalah mengesan exoplanet pertama (planet di luar sistem suria kita), mengesan molekul organik di galaksi sejauh 250 juta tahun cahaya dan membantu dalam kajian pulsar yang membawa kepada anugerah Nobel. Selain itu, teleskop ini merupakan peranti utama dalam mengesan asteroid berbahaya yang menghampiri bumi, dan juga menghantar isyarat ke angkasa bagi mengesan kewujudan makhluk asing 👽 ⁽²⁾.

Pada Ogos tahun ini, kabel tambahan yang memegang platform yang tergantung telah tercabut dari soket dan menghancurkan beberapa keping piring pantulan di bawahnya. Kemudian pada November, kabel utama pula terputus dari menara yang sama ⁽³⁾.

Dan pada 1 Disember lepas, kabel terakhir akhirnya putus dan platform seberat 900 tan jatuh sambil menarik ketiga² menara penyokong hingga runtuh ⁽⁴⁾.

Video saat runtuhan dapat ditonton di laman web National Science Foundation (NSF) ⁽⁵⁾.

⁽¹⁾ https://en.wikipedia.org/wiki/Arecibo_Observatory
⁽²⁾ https://sea.mashable.com/science/13490/exact-moment-of-major-arecibo-telescope-collapse-captured-on-video
⁽³⁾ https://www.businessinsider.com/arecibo-telescope-suffers-more-damage-2020-11

⁽⁴⁾ https://www.businessinsider.com/arecibo-radio-telescope-destruction-collapse-failure-puerto-rico-cable-breaks-2020-12
⁽⁵⁾ https://www.nsf.gov/news/special_reports/arecibo/index.jsp

Gambar: https://www.businessinsider.com/what-earth-lost-when-the-arecibo-telescope-collapsed-2020-12

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/206077387628745/

Tulis komen: