Resipi sayur stir-fry rasa macam ada tambah daging 🥩

131366035_214284800141337_7608528105323715906_n.jpg

Rabu, 16 Disember 2020, 3:15 pm450

Tapi sebenarnya ini vegan 🥦, hanya mengandungi bahan berasaskan tumbuhan saja:

  • Cendawan shiitake
  • Cendawan tiram
  • Capsicum / bell pepper / lada benggala hijau
  • Tauhu
  • Kacang tanah
  • Bawang merah besar

Saya dapati rasa cendawan shiitake apabila bercampur dengan kacang tanah dan tauhu, menghasilkan rasa macam daging, tak rasa pun. Mungkin sebab tekstur dari ketiga² bahan utama ini dengan bau dan rasa dari cendawan shiitake yang unik menghasilkan rasa daging ini.

Bahan perasa saya bubuh serbuk perasa dari mi Myojo & serbuk bawang putih. Untuk menumis, saya guna minyak canola, sebab kalau guna minyak sawit, minyak pada sayur lepas dimasak jadi macam lebih ‘tebal’ dan pekat. Minyak canola ni lebih ‘nipis’ minyaknya.

P.s: Dah macam cakap pasal minyak enjin pulak, tebal nipis, 5W-30 😆.

P.s 2: Dah dapat benih capsicum, nanti semai lagi guna newspaper pot (https://azwan082.my/post/8377/).

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/214284796808004/

Tulis komen: