Terserempak Rolls-Royce Silver Shadow kat Kuching
Selasa, 8 Disember 2020, 11:25 am0
Sebenarnya saya tak pasti sangat model yang ini adalah RR Silver Shadow atau bukan , tak berapa kenal rupa RR yang lama. Model ni kalau digoogle, akan dapat tau yang model ini berenjin V8 6.2 liter, transmisi automatik 4-kelajuan, ia dikeluarkan pada tahun 1965, Sarawak pun baru 2 tahun merdeka menyertai Malaysia. Ada juga yang sedang dijual di mudah & carlist yang enjinnya 6.8 liter, cukai jalan setahun lebih 6000 ringgit .
Jalan² hujung minggu kat sini memang best dapat jumpa macam² jenis #kereta, dari kereta klasik ke kereta super.
Cuma Rolls Royce bini Taib jak belum pernah tengok jalan² kat Kuching .