Mercu tanda bandar Bau, tugu periuk kera & pelombong emas

13 January 2021, 11:15 am

Mercu tanda bandar Bau, tugu periuk kera & pelombong emas.

Landmark Bau.

Jika anda masuk ke bandar #Bau dari simpang 4 ke Lundu & Serikin, tugu #mercutanda ini berada di sebelah kiri, berdekatan dengan Pasar Tamu Bau.

Tumbuhan periuk kera jenis Nepenthes northiana ini merupakan tumbuhan yang unik, hanya terdapat di lereng bukit dan gunung batu kapur di daerah Bau, Sarawak ⁽¹⁾.

Selain daripada itu, bandar Bau juga terkenal dengan Tasik Biru yang dahulunya merupakan lombong emas. Pelombongan di tasik tersebut dijalankan oleh Borneo Company Limited dari tahun 1898 hingga 1921 ⁽²⁾. Arca pelombong pada tugu ini adalah sebagai peringatan kepada sejarah lombong emas tersebut.

Untuk melihat tugu ini dengan lebih terperinci dan kawasan sekitar, tengok album #panorama360 tempat ini di:

🌐 azwan082.my/pano/tugu-periuk-kera-bau-2020.

Ini album pertama gambar 360° saya, ringkas saja. Walaupun tak secanggih Google Street View, tapi bolehlah, lepas ini ada banyak lagi tempat yang saya nak kongsi. Tak dapat jalan² sebab kena PKP, jalan² guna gambar 360 pun jadilah ✌🏻.

⁽¹⁾ en.wikipedia.org/wiki/Nepenthes_northiana
⁽²⁾ tvsarawak.com/sejarah-tasik-biru-di-sarawak

Pin It Send Copy Link

Komentar :