Sarung parang DIY guna paip PVC
Ahad, 24 Januari 2021, 9:50 am0
Dulu² selalu tengok sarung parang diperbuat daripada kayu. Dua keping papan dipahat alur pada belah yang bertentangan, kemudiannya diapit kedua² papan tersebut menghasilkan ruang di tengah antara papan untuk menyimpan parang.
Sekarang, ini cara yang mudah dan cepat untuk menghasilkan sarung parang. Hanya gunakan paip PVC yang sesuai.
Saya ada 2 parang, yang satu mempunyai lebar kira² 3 cm, lebih panjang & nipis, sesuai untuk kerja² menebas. Paip PVC 1 inci sesuai digunakan untuk dibuat sarung. Saiznya cun² muat.
Parang satu lagi lebarnya dalam 5 cm, lebih pendek & tebal, sesuai untuk menebang kayu & buluh. Paip yang sesuai mungkin dalam saiz 1.5 inci, tapi saya hanya ada paip 2 inci warna putih. Agak terlebih besar (oversized).
Cara nak buat paip jadi sarung parang ni tak perlu banyak langkah. Saya gunakan dapur portable ini untuk memanaskan paip, kemudian gunakan sarung tangan atau kain tebal untuk menekan paip sehingga leper ketika paip sudah lembut.
Mula² fokus untuk meleperkan paip sedikit demi sedikit, dari satu hujung ke hujung. Kemudian baru panaskan lagi bahagian yang nak dibengkokkan mengikut bentuk parang.
Kena uji (test) masuk keluarkan parang supaya dapat bentuk sarung yang sesuai. Bila dah dapat bentuk yang terbaik, baru leperkan habis sisi yang terkena bilah tajam parang. Hujung sarung ditutup tapi biar ada bukaan sikit supaya kalau ada air masuk, air tak bertakung & menyebabkan parang berkarat.
Seterusnya, sarung parang ini biasanya diikat dengan tali, kemudian tali itu diikat pada pinggang supaya mudah untuk mengambil dan menyimpan balik parang apabila bekerja di #kebun.
—
Untuk cara penyimpanan parang pula, saya akan bersihkan parang daripada kotoran & asah sehingga tajam dahulu. Kemudian saya sapu minyak enjin yang saya dapat daripada lebihan hantar servis kereta. Ini supaya permukaan besi parang terlindung daripada air & kelembapan dan tidak mudah berkarat. Dalam sarung pun boleh juga bubuh sikit minyak, sebagai pelincir untuk mudah parang masuk keluar.
Tugu Pokok Getah, mercu tanda pekan Betong
23 Januari 2021