Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

146274524_244021987167618_5665795162218490842_n.jpg

Khamis, 4 Februari 2021, 4:55 pm0

📌 Program imunisasi akan bermula hujung bulan ini, menyasarkan 80% populasi, atau 26.5 juta rakyat Malaysia akan menerima secara percuma.

📌 Penghantaran pertama vaksin keluaran Pfizer & BioNTech, yang mempunyai kadar keberkesanan 95%, akan bermula bulan ini.

Program imunisasi libatkan 3 fasa:

📌 Fasa 1 – libatkan 500 ribu petugas barisan hadapan (kesihatan & bukan kesihatan), bermula hujung Februari hingga April 2021.

📌 Fasa 2 – libatkan kumpulan risiko tinggi, iaitu warga emas atau golongan rentan berumur 60 tahun ke atas, golongan yang mempunyai masalah mobiliti seperti sakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi, dan akhir sekali golongan OKU. 9.4 juta orang dianggarkan menerima vaksin dalam fasa ini, yang akan berlangsung dari April hingga Ogos 2021.

📌 Fasa 3 – libatkan baki 18% rakyat, iaitu golongan dewasa 18 tahun ke atas, bermula Mei 2021 hingga Februari 2022, atau lebih awal. Fasa ini penting bagi membentuk perlindungan kelompok (herd immunity) & mengawal pandemik secara menyeluruh.

Peruntukan dalam Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu 2021:

📌 Pihak berkuasa akan ambil alih secara sementara, pelbagai kemudahan, seperti fasiliti kesihatan awam & swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti, sebagai pusat vaksinasi, bagi persediaan untuk laksanakan program vaksinasi.

Program vaksinasi ini adalah program vaksinasi terbesar pernah diadakan di negara.

📌 600 pusat simpanan & pusat pemberian vaksin dibuka di seluruh negara.

📌 Rakyat diseru sumbang bantuan & tenaga untuk jayakan usaha ini di pusat² vaksinasi.

📌 Maklumat lanjut berkenaan program vaksinasi, seperti tatacara pendaftaran, lokasi pemberian vaksin, dan info lain berkaitan, akan diberi dalam sedikit masa lagi.

YB Khairy Jamaludin, dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

📌 Beliau mengetuai pasukan petugas khas dalam menguruskan program imunisasi, termasuk lojistik, penyelarasan di negeri² & agensi² kerajaan, supaya Kementerian Kesihatan dapat fokus dalam menjalankan fungsi² perkhidmatan kesihatan & rawatan Covid-19.

💉

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/244021983834285/

Tulis komen: