Kes pertama Covid-19 di Malaysia genap setahun lalu

Isnin, 25 Januari 2021, 8:01 pm

Kes pertama Covid-19 di Malaysia genap setahun lalu.

25 Januari 2020, 3 orang warga China dikenalpasti positif selepas dikuarantin di hotel di Johor Bahru, kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan lanjut ⁽¹⁾.

Penyakit ini yang dipanggil 2019-nCoV atau juga dikenali sebagai wabak pneumonia di Wuhan (Wuhan pneumonia outbreak) pada waktu itu.

Orang ramai sering keliru penyakit ini dengan Influenza A, kerana simptom yang agak sama. Beberapa pelajar sekolah di Selangor & Pulau Pinang telah dijangkiti Influenza A dan membimbangkan golongan ibu bapa khususnya ⁽²⁾.

Situasi panik menyebabkan ramai yang berebut mendapatkan suntikan vaksin Influenza A dan menyebabkan stok vaksin berkurangan ⁽³⁾.

Perdana Menteri waktu tu, Tun Mahathir berkata, kerajaan tiada rancangan untuk menyekat kedatangan pelancong dari China ⁽⁴⁾.

Jika diimbas kembali, adakah keputusan kerajaan tersebut silap 🤔? Kalaulah kita tahu betapa besarnya impak penyakit ni kepada seluruh dunia, mesti dah awal² menyekat perjalanan orang ramai dari pusat letusan wabak, terutamanya dari China.

🦠

⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2020/01/25/first-coronavirus-cases-in-malaysia-3-chinese-nationals-confirmed-infected-quarantined-in-sungai-buloh-hospital/
⁽²⁾ https://www.theborneopost.com/2020/01/18/selangor-records-highest-number-of-influenza-cases-among-students/
⁽³⁾ https://www.theborneopost.com/2020/01/12/influenza-virus-not-new-not-linked-to-outbreak-in-china/
⁽⁴⁾ https://www.theborneopost.com/2020/01/25/coronavirus-no-plans-to-stop-chinese-tourists-for-now-says-pm/

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/238386284397855/

Tulis komen: