Sampai Jakar cari ikan bakar, Journey to Sarikei part 4

Jumaat, 26 Februari 2021, 2:55 pm453

Sebelum Jakar ⁽¹⁾, terdapat satu lagi pusat rehat di antara simpang Saratok & Jakar iaitu di Sebangkoi, tapi dah tutup. Ramai pengguna jalan berhenti rehat di Sebangkoi Park pula sekarang.

Selain daripada itu, sepanjang perjalanan ini agak kosong, tak banyak kampung, pekan atau simpang ke tempat² tumpuan, selain ke Roban & Kabong. Lain kali saya nak ke pekan² & kampung² di sebelah pesisir pulak, nak tengok pantai kat Kabong 🏖.

Tak jauh sebelum Jakar, terdapat lorong memotong yang paling tak kondusif. Jaraknya dah la pendek, pastu naik turun bukit & ada selekoh. Mana² kenderaan nak memotong pun terpaksa perlahankan kenderaan sebab rupa jalan yang tak dapat nak laju.

Lebuhraya untuk bahagian jalan ini termasuk dalam pakej Sungai Awik – Bintangor (WPC 06) ⁽²⁾.

Tonton video ini di :

▶ https://youtu.be/gLejWulvsJQ

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/02/tugu-pokok-lada-mercu-tanda-pekan-jakar/
⁽²⁾ http://www.panborneo.com.my/project/sab/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/257139652522518/

Tulis komen: