Mencari oasis di Pan Borneo Highway, Journey to Sarikei part 2

11 February 2021, 6:55 pm

Mencari oasis di Pan Borneo Highway, Journey to Sarikei part 2.

Sambung lagi perjalanan di #PanBorneo pakej Simpang Pantu – Batang Skrang (WPC 04) ⁽¹⁾. Kemudian dari Skrang, ada pakej pembinaan lain iaitu Batang Skrang – Sungai Awik (WPC 05) ⁽²⁾, dekat simpang ke Saratok.

Selalunya kalau memandu dari Kuching ke Sibu / Bintulu / Miri, dah sampai kawasan ni sewaktu matahari tinggi atas kepala, dan ikut cuaca semasa, memandu kat sini rasa macam memandu kat padang pasir 🥵.

Tambah² lagi dengan kerja² pembinaan Pan Borneo sekarang, jalan berdebu, cuaca panas, tak dapat nak laju, memang kering rasa badan. Tu yang bila sampai kat Pusat Rehat Mid Layar dekat #Betong ni, rasa macam terjumpa oasis ⁽³⁾. Dapat la pegi makan minum, buang air, rehat, solat & isi petrol.

Tengok video #dashcamdrive ni kat #YT:

▶️ youtu.be/p89uPV8zd64

⁽¹⁾ www.panborneo.com.my/project/pjs
⁽²⁾ www.panborneo.com.my/project/ssa
⁽³⁾ azwan082.my/post/10534

Pin It Send Copy Link

Komentar :