Tugu Buah Nanas, mercu tanda bandar Sarikei

145027379_242229240680226_1466218223359329192_n.jpg

Isnin, 1 Februari 2021, 10:56 am2,078

Landmark Sarikei.

Dulu waktu saya diam kat Penang, bila ke Giant Bayan Baru, terdapat banyak nanas dijual dengan label nanas Sarawak 🍍.

Di Sarawak, sepanjang kawasan delta sungai dengan tanah gambut seperti di Samarahan, Gedong, Simunjan, , Mukah hingga ke Miri, banyak ditanam dengan tanaman nanas ⁽¹⁾.

Tapi nanas yang paling popular menjadi permintaan ramai ialah nanas dari Sarikei, disebabkan kualiti & rasa manis yang lebih sedap. Sehinggakan ada baka nanas yang dipanggil nanas Sarikei. Antara baka nanas lain yang banyak ditanam ialah Josapine, Maspine, N36 & MD2 ⁽²⁾.

Sarikei juga digelar pekan nanas, dan tugu ini menjadi kepada pekan ini. Lihat persekitaran tugu yang bersebelahan dengan Sungai Rajang ini di album :

Minggu depan Gong Xi Fa Cai, banyak orang Cina cari nanas kecil dan nanas bentuk kipas 😲.

360° viewer kat blog juga dah update, sekarang loading gambar lebih pantas, walaupun saiz gambar besar 👍🏻.

⁽¹⁾ https://sarawakvoice.com/2016/06/30/sarawak-bakal-keluar-nenas-baka-baharu-md2-naroden/
⁽²⁾ https://suarasarawak.my/2020/05/20/nanas-parit-bugis-manis-laris/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/242229264013557/

Pingback: Akhirnya sampai pun, Journey to Sarikei part 5

Tulis komen: