Tugu Buah Durian, mercu tanda bandar Serian

139075620_233672888202528_7382810435181743614_n.jpg

Ahad, 17 Januari 2021, 9:30 am1,558

Landmark Serian.

Bandar terkenal dengan pelbagai spesies buah durian semasa musimnya. Antaranya seperti durian kampung ⁽¹⁾, durian kahwin ⁽²⁾, durian isu, durian pakan, durian merah ⁽³⁾, dan banyak lagi.

Saya sendiri tak berapa nak makan durian yang fresh dari buahnya, tapi saya suka isi durian yang dah dimasak jadi bubur, cucur atau ais krim. Selera lain² 😝.

Buah durian di Serian terkenal dengan keenakan & kualiti isinya kerana ditanam di lereng² bukit di daerah ini. Sama juga seperti durian yang terdapat di Penang, yang ditanam di lereng² bukit di kawasan Teluk Bahang, dan juga di Kundasang, durian² ini mempunyai isi yang lebih baik daripada yang ditanam di tanah rendah.

Dulu ada 2 tugu buah durian di Serian, satu di bulatan dekat hospital, tapi dah dialih disebabkan pembinaan jejambat untuk . Satu lagi di Pasar Tamu Serian, dekat terminal bas, tapi dah lama tak ke sana, tak tau kalau masih wujud lagi ke tak 😅.

Ini tugu buah durian perak (silver durian statue) di Serian Piazza, baru yang dibuka kepada umum pada Oktober 2019. Boleh rasai berjalan² di sekitar tugu ini melalui gambar ini:

⁽¹⁾ https://sarawaknewsnetwork.com/durian-kampung-sarawak-setanding-dengan-musang-king/
⁽²⁾ https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/03/24/keenakan-buah-durian-kampung-serian/
⁽³⁾ https://borneodihati.org/kenali-5-jenis-durian-hutan-yang-terdapat-di-borneo/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/233672881535862/

Tulis komen: