Bukan hadiah Krismas, tapi jadi hadiah birthday pulak, Thinkpad X260 🎂

Ahad, 21 Mac 2021, 8:00 am

Bukan hadiah Krismas, tapi jadi hadiah birthday pulak, Thinkpad X260 🎂.

Sebelum saya pergi roadtrip hujung tahun lalu, tiba² sedia ada Macbook Pro tahun 2010 tak dapat nak start ⁽¹⁾. Ingat nak ganti terus dengan , tapi tangguh dulu sebab belum dapat nak jalan² jauh kena PKP. Memang tujuan nak ada laptop sebab nak dapat buat kerja bila pergi jalan².

160009839_270035651232918_4102700536211011834_n.jpg

① – Akhirnya lepas 3 bulan bertangguh, jadi jugak mengangkat sebiji Thinkpad X260, bukan baru tapi unit refurbished. Mula² ingat nak beli baru, tapi lepas berkira² dengan bajet sedia ada, tak rugi pun beli yang terpakai, untung lagi ada. Sebab dapat upgrade spec dengan harga yang murah.

Saya beli Thinkpad ni dengan harga dalam RM1800 dari Shopee, dengan upgrade SSD 256GB dan RAM 16GB. Kalau beli baru minimum 3 ribu kena keluar, tapi storage & RAM lagi rendah dari ni 💸.

Mula² pakai, saya rasa agak sesat sekejap, dah lama tak pakai Windows 😅. Kali terakhir saya guna Windows 7 waktu kat UTP. X260 ni datang dah install (pre-installed) dengan macam² software seperti MS Office, pelbagai software Adobe, barang² Xbox, KMPlayer, yang kebanyakannya saya rasa tak digunakan sangat.

160999447_270035657899584_3803488838739792147_n.jpg

② – Bagi yang merancang nak beli laptop baru (atau terpakai), saya sarankan untuk reset dulu Windows sebelum mula pakai. Lepas reset & reinstall dari mula, barulah rasa ringan sikit Windows. Barulah install dengan software² yang saya guna selalu (essentials) seperti:

  • Chrome
  • Avast
  • VLC
  • GIMP
  • 7-zip
  • XAMPP
  • Notepad++ (tak jadi guna Sublime Text)
  • Netbeans
  • TortoiseSVN
  • FileZilla
  • Docker
  • iTunes

Ini kebanyakannya software yang programmers pakai, mungkin ada yang jarang dengar 😁.

160272583_270035681232915_6694705983249040395_n.jpg

③ – Lepas install semua software penting, terus belajar Powershell scripting, sebab nak guna skrip generate panorama untuk memproses gambar² kat laptop baru ni. Nanti bila jalan² lepas ambil gambar dapat edit terus & upload ke blog.

Ini juga salah satu tujuan saya membeli laptop dengan Windows, supaya saya dapat belajar balik selok belok Windows OS, dah lama hanya guna Linux dan MacOS, supaya nanti bolehlah offer service kepada siapa² yang nak minta tolong troubleshoot laptop atau PC Windows 😎.

P.s: Windows 10 pre-installed dengan Spotify? Nice, senang nak cari lagu best, pasang dalam bilik hotel 🔊.

⁽¹⁾ azwan082.my/2020/12/laptop-ni-minta-diganti-baru-untuk-jadi-hadiah-krismas-%f0%9f%8e%84

Komentar (2)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: