Ingatkan beras saja ada kutu, ini kutu makaroni
Sabtu, 20 Mac 2021, 9:00 am0
Makaroni dari brand P ni belum lagi expired, mungkin stok lama, plastik pakej pun ada renyuk² sikit.
Biasanya bila nak masak, hanya rebus terus, tak perlu cuci macam cuci beras. Tapi yang ini, seperti dalam gambar, bila direbus, timbul semua objek² hitam halus tu. Terpaksa mula balik, tos semua air, bilas makaroni beberapa kali sehingga air jadi jernih baru masak semula.
Tips: kalau nak masak makaroni hingga al-dente, mula² jerang air & makaroni sehingga air mula mendidih, baru mula kira 5 minit. Lepas 5 minit, padam api, dan makaroni pun dah cukup masak, tak terlebih kembang, tekstur cukup lembut & masih tinggal sedikit kenyal bila #makan #pasta.